Ini Ramalan ‘Wajah’ Harimau Malaya Berdepan Filipina Berdasarkan ‘Kitab’ Kim Pan-gon

Harimau Malaya Filipina Kim Pan-gon persahabatan 2022

Seperti yang didedahkan dalam artikel Semuanya BOLA sebelum ini, berdasarkan ‘kitab’ Kim Pan-gon ketika membimbing Hong Kong, Harimau Malaya mungkin bakal menggunakan formasi 4-3-3 berdepan Filipina.

Ia hanyalah formasi di atas kertas dan ketika perlawanan berlangsung, Malaysia berkemungkinan akan dilihat bermain dalam formasi 3-4-3. Kim Pan-gon tidak akan meletakkan tiga bek tengah, namun inilah kepentingan defensive midfielder dalam sistem permainannya. Pemain tersebut akan turun di antara dua bek tengah.

Perkongsian Sedikit ‘Insights’ Daripada Kim Pan-gon Yang Curi Perhatian Dalam Pemilihan Pemainnya

Perkara ini juga mungkin boleh dikaitkan dengan ‘insights’ ringkas yang diberikannya ketika memanggil bek kiri, Khuzaimi Piee ke dalam kem negara. Dalam kes ini, beliau mahu pertaruhkannya sebagai seorang bek tengah.

“Atas sebab taktikal [selepas Rizal Ghazali menolak pelawaan], pengurusan pasukan kebangsaan memberi peluang kepada Ahmad Khuzaimi membuktikan kemampuan sebagai pemain bek tengah berkaki kiri.”

Kim Pan-gon

Bersama Negeri Sembilan FC dalam aksi pertama Liga Super 2022 menentang Sabah FC, Khuzaimi Piee telah dipertaruhkan oleh K. Devan sebagai bek tengah bertiga bersama Nasrullah Haniff dan juga Herold Goulon.

‘The Hong Kong Way’ – Manuskrip Ini Jelaskan Peranan Besar ‘Wingback’ dan ‘DM’ Dalam Sistem Kim Pan-gon

Dalam ‘kitab’ Kim Pan-gon, fungsi yang dimainkan oleh defensive midfielder dan wingback amatlah besar. Melihat senarai pemain yang dipanggil pun kita sudah boleh lihat ramai pemain yang menggunakan koridor sayap untuk bergerak. Cuma defensive midfielder sahaja ‘kekurangan’ pilihan selepas Afiq Fazail cedera.

Jadi, berdasarkan ‘kitab’ lamanya bersama Hong Kong, ini mungkin ‘wajah’ Harimau Malaya pada esok malam.

Penjaga gol: Farizal Marlias

Pilihan utama untuk benteng akhir skuad Harimau Malaya tentunya masih disandang Farizal Marlias. Sukar buat Khairulazhan Khalid atau Kalamullah Al-Hafiz untuk memintasnya. Kim Pan-gon gemar memulakan gerakan dari bawah dan ia bermula daripada penjaga gol jadi, ball playing goalkeeper adalah peranannya.

Bek tengah: Aidil Zafuan – Shahrul Saad

Disebabkan Dion Cools hanya akan menyertai kem latihan di Singapura dengan Harimau Malaya pula tiba tadi, mungkin beliau tidak akan berada dalam pasukan terlebih dahulu, menjadikan gandingan terbaik edisi 2019, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad akan ditaruhkan terlebih dahulu pengendali kelahiran Korea Selatan tersebut.

Bek sayap: Arif Aiman – Corbin Ong

Arif Aiman akan dimanfaatkan dengan peranan baharunya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau tidak akan berada lebih di atas, tetapi beliau akan bergerak di sepanjang koridor kanan Harimau Malaya dan begitu jugalah halnya dengan Corbin Ong yang memainkan peranan yang sama dengannya di JDT. Quentin Cheng juga boleh diletakkan jika Arif Aiman lebih diperlukan di jentera atas, untuk bergandingan sebagai rangkaian tiga penyerang.

Defensive Midfield: Syamer Kutty Abba

Pemain di posisi ini mestilah yang mampu untuk turun membentuk bek bertiga bersama dua bek tengah. Pada musim lalu, Syamer Kutty Abba pernah diturunkan sebagai bek tengah menjadikan beliau sesuai diletakkan dengan peranan itu. Kenny Pallraj juga sesuai, namun beliau dirundung kecederaan dan tiada dalam skuad.

@mysemuanyabola

Apa pandangan anda? #SemuanyaBOLA #fyp

♬ Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku – Ultras Sound

Pemain tengah: Safiq Rahim (K) – Azam Azih

Maestro Harimau Malaya, Safiq Rahim dijangka akan memainkan peranan penting dan bakal diberikan lilitan kapten atas pengaruhnya di luar dan dalam padang. All-rounder midfielder ini akan diberi kebebasan untuk menguasai bahagian tengah dan gandingannya dijangka adalah Nor Azam Azih. Liridon Krasniqi? Beliau juga seperti Dion Cools, belum sempat ‘berkenalan’ dengan Kim Pan-gon. Jadi, mungkin beliau akan direhatkan.

Penyerang: Safawi Rasid – Syafiq Ahmad – Faisal Halim

Safawi Rasid sudah kembali kepada prestasi terbaiknya dan gandingannya bersama Syafiq Ahmad di jentera serangan bakal digunakan Kim Pan-gon. Syafiq Ahmad juga dilihat sudah kembali menjadi dirinya bersama Kedah Darul Aman FC. Faisal Halim diketahui amat menyerlah di posisi sebelah kiri serangan Terengganu FC.

Begitupun, ini hanyalah ramalan berdasarkan ‘kitab’ lama Kim Pan-gon. Tiada yang pasti sehingga malam esok.

Bagaimana dengan senarai pemain yang disenaraikan? Apa pandangan anda dan bagaimana pula pilihan anda?

Ramalan Malaysia FIlipina 2022 persahabatan
Ramalan kesebelasan utama Malaysia vs Filipina

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN