Semalam, satu kekecohan besar telah berlaku dalam saingan Liga 1 Indonesia apabila ada rusuhan besar yang dibuat oleh para penyokong dalam kawasan stadium sehingga menyaksikan keadaan menjadi sangat kelam kabut.
Menurut laporan daripada CNN Indonesia, protes itu dibuat kerana para penyokong Persebaya Surabaya jelas kecewa dengan prestasi semasa pasukan yang agak teruk.
https://twitter.com/bolatameng/status/1570385882720645120?s=21&t=TiBSipoI0ji6ADGGkkqybQ
Para penyokong kelab tersebut juga melakukan protes agar pengurus Persebaya iaitu Yahya Alkatiri mengambil tanggungjawab tersebut dengan berundur.
Protes tersebut turut dibuat di ibu pejabat pengurusan kelab yang terletak sekitar Surabaya Town Square semalam.
Mereka juga menyatakan protes ini dibuat sebagai tanda mereka terlalu kecewa dengsn pengurusan yang tidak begitu cekap sehingga terbaharu Persebaya mengalami tiga kekalahan berturut-turut.
Untuk rekod saingan liga ketika ini, Persebaya sudah pun mencatat enam kekalahan musim ini daripada 10 perlawanan dihadapi mereka dan kini berada di tangga ke-14 dakan saingan tersebut.
“Yahya out, Yahya out,” antara laungan para penyokong Persebaya ketika itu yang jelas mahu individu tersebut berundur daripada pasukan.
Kekecohan yang dibuat tersebut memaksa pihak berkuasa di stadium menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang segelintir penyokong menjadi lebih ganas.
Get well soon @persebayaupdate
#nocaptionVideo by @exploresidoarjo pic.twitter.com/E3xig9lwkj
— DELTRAS DELTAMANIA (@DELTAMANIAREDZ) September 15, 2022
Menurut Ahmed Yusep Gunawan selaku salah seorang pihak berkuasa di sana, beliau menyatakan tindakan itu terpaksa dibuat setelah para penyokong enggan memberi kerjasama selain beberapa kerosakan turut dibuat.
“Kami telah mengambil beberapa langkah sebelum itu untuk meleraikan kekecohan yang cuba berlaku ini. Malah kami juga telah berjumpa dengan pihak pengurusan agar berjumpa dengan para penyokong sebelum itu.
“Namun tindakan para penyokong jelas tidak boleh dikawal lagi dan mereka terus melakukan kerosakan besar sehingga menyusup masuk ke ruang pengurusan Persebaya,” jelas beliau.
Segala kekecohan tersebut berlaku ketika Persebaya terus mengalami kekalahan dalam aksi saingan liga ketika berdepan RANS Nusantara di Stadium Gelora Delta Sidoarjo.
Ratusan penyokong Persebaya dilihat memasuki kawasan padang daripada tempat penonton dengan melepaskan segala rasa marah serta kekecewaan mereka dengan keputusan perlawanan.
Dewasa itu capek ya Persebaya, ya berontak sekali-kali gpp la ya 😁
Tapi ya kalo kalah sama RANS malu apalagi dikandang. pic.twitter.com/fKxL1Z9fIV— Bubur diaduk (@Afif58423483) September 15, 2022
Papan iklan di tepi padang antara yang menjadi mangsa kerosakan mereka selain bangku para pemain serta beberapa fasiliti lain turut terkena tempias.