Faktor ‘Tamak’ Forestieri Penghalang JDT Untuk Raih Kemenangan Atasi PJ City

Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal untuk meneruskan momentum terbaik mereka dalam saingan Liga Super, setelah pasukan tersebut dikejutkan oleh kebangkitan pasukan tuan rumah, Petaling Jaya City (PJ City).

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pasukan pelawat gagal untuk memungut tiga mata penuh perlawanan, apabila mereka diikat PJ City menerusi keputusan penuh 2-2.

Pada perlawanan semalam, JDT terlebih dahulu memperoleh gol pertama permainan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson da Silva sebelum kembali diikat oleh jaringan penyamaan tuan rumah menerusi Darren Lok.

Pada penghujung perlawanan, pemain gantian JDT iaitu Akhyar Rashid kembali memberi harapan tiga mata penuh buat pasukan pelawat sebelum R.Kogileswaran tampil pada minit-minit akhir permainan untuk mengikat pasukan tersebut sehingga ke wisel penamat.

Berikut merupakan tiga pemain JDT yang dilihat gagal untuk memberi aksi terbaik mereka pada perlawanan tersebut bagi memberi impak terbaik ketika berdepan PJ City.

Carli de Murga

Pertahanan import dari Filipina ini jelas beraksi dengan sangat gugup ketika situasi JDT diserang oleh tuan rumah setelah aksi Carli dilihat agak kelam kabut untuk menyerap asakan lawan.

Jaringan pertama PJ City berpunca daripada kesilapan beliau untuk menutup ruang serta menghalang Darren Lok daripada bertindak bebas di kawasan penalti JDT, sekali gus memberi ruang buat penyerang kebangsaan tersebut mencipta sesuatu.

Carli juga dilihat agak lambat untuk menutup ruang dengan lebih awal sehingga memberi peluang yang sangat terbuka buat penyerang PJ City, R. Kogileswaran untuk mendapatkan jaringan kedua buat tuan rumah.

Leandro Velazquez

Pemain lincah yang beraksi di bahagian tengah ini gagal untuk memberi nilai kreativiti diperlukan JDT ketika mereka memerlukan gol yang dicari dalam perlawanan.

Leandro dilihat agak bermasalah untuk berpasangan bersama Nazmi Faiz Mansor serta Safiq Rahim dalam perlawanan tersebut, setelah tidak banyak kombinasi permainan dibuat mereka untuk membuka ruang buat barisan serangan.

Malah, beberapa peluang yang dimiliki Leandro juga gagal disempurnakan dengan baik selain beliau juga terlalu lama mengawal bola untuk terus diasak oleh pertahanan tuan rumah.

Fernando Forestieri

Penyerang ini gagal untuk memberikan aksi terbaik seperti kebiasaannya ketika menghadapi perlawanan-perlawanan sebelum itu bersama JDT.

Forestieri jelas terlalu berkeinginan untuk meledak gol menerusi gerakan-gerakan solo serta begitu lambat untuk melepaskan bola kepada rakan sepasukan yang berada lebih terbuka.

Aksi tamaknya itu menyaksikan beberapa peluang yang lebih baik untuk JDT mencipta jaringan disia-siakan begitu sahaja, selain gerakan Forestieri juga kadangkala mudah dibaca pertahanan lawan untuk terus menghentikannya.

Bekas penyerang Udinese ini juga gagal untuk mencipta kombinasi permainan lebih baik bersama dua lagi rakan sepasukan beliau iaitu Bergson dan Arif Aiman bagi memberi ancaman lebih berbahaya buat pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN