Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya yang kehilangan Sadio Mane merupakan punca utama mengapa Liverpool beraksi hambar sepanjang musim ini.
Legenda terhebat sepanjang zaman Gunners itu yakin yang Liverpool bergelut pada permulaan musim ini kerana mereka masih merindui khidmat bintang Senegal itu.
The Reds memulakan kempen saingan pada musim ini dengan sangat teruk dengan mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan kesembilan sahaja dalam carta saingan liga.
Arsène Wenger believes the summer departure of “big-game player” Sadio Mané has been the main factor in Liverpool’s slow start to the season https://t.co/kTiV0ATuKN
— Times Sport (@TimesSport) October 3, 2022
Liverpool pada ketika ini hanya mampu mengumpul 10 mata sahaja, selepas melalui tujuh perlawanan dan mereka juga kini sebelas mata dibelakang pendahulu saingan Premier League, Arsenal.
Pada hujung minggu baru-baru ini, Liverpool sekali lagi gagal untuk mengutip tiga mata penuh, selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya mampu mencatatkan keputusan seri 3-3 sahaja bertemu Brighton.
Leandro Trossard pada awalnya meledak dua gol untuk membantu The Seagulls mendahului perlawanan 2-0, sebelum anak-anak buah Jurgen Klopp itu mengikat kedudukan menjadi 2-2 hasil dua jaringan Roberto Firmino.
“He’s the reason Salah and Mane scored all of those goals because of the way he plays"https://t.co/OFn7H5yCUQ
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 3, 2022
Liverpool kemudiannya berjaya mendahului permainan menerusi gol sendiri Adam Webster, sebelum Trossard melengkapkan hat-trick beliau untuk mengikat pasukan tuan rumah 3-3.
Bercakap kepada beIN Sport, Wenger berkongsi tentang ketidakupayaan Darwin Nunez untuk segera menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak Inggeris.
Pengurus legenda itu juga turut mendedahkan yang kehilangan Sadio Mane merupakan punca mengapa Liverpool beraksi hambar sepanjang musim ini.
“Ia sangat sukar untuk difahami.”
Jelas Wenger.
Jurgen Klopp faces major Darwin Nunez decision as Liverpool consider defence overhaul#LFC https://t.co/C1WJevjFhA
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 3, 2022
“Mereka ada kumpulan pemain yang sama, mereka masih kekal dengan corak permainan yang sama.”
“Mereka sekarang kurang berkesan dari segi memenangi bola berbanding sebelum ini. Nunez pada ketika ini, dia masih tidak menjadi untuk mereka dan mereka sudah membuat pelaburan yang besar. Malangnya dia masih berada di bangku simpanan.”
Wenger kemudiannya mendedahkan bahawa:
“Mereka kehilangan Sadio Mane, pemain yang berada di kelas tersendiri, pemain terpenting. Dia ada sesuatu dalam diri dia, sikap yang aggresif dan keinginan yang menakjubkan. Dia akan jaringkan gol walau apa saja yang berlaku, dia akan realisasikan sesuatu.”
“Sukar untuk gambarkan bagaimana besarnya impak pemergian dia. Mereka benar-benar kehilangan sesuatu yang bermakna untuk mereka.”
Words of reassurance for Darwin Nunez from #LFC boss Jurgen Klopp.
The Uruguayan striker has started just once since serving his three-game ban.https://t.co/dGAC5uINDx— James Pearce (@JamesPearceLFC) October 3, 2022
Mane pada musim lalu berjaya menjaringkan 23 gol untuk Liverpool dan sepanjang kariernya di Anfield, bintang Senegal itu berjaya merekodkan 120 gol dari semua pertandingan.
Tidak dinafikan yang kehilangan beliau agak memberi impak dengan Liverpool kini kehilangan pemain yang memiliki kualiti penyudah yang cukup berbisa.
Darwin Nunez sementara itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja untuk kelab barunya selepas beraksi tujuh perlawanan.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu jelas sekali sangat berharap agar Nunez akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya selepas ini dan membantu kelab untuk bersaing merebut kedudukan terbaik pada penghujung musim nanti.