“Ini Persembahan Terburuk saya” – Dion Cools Mohon Keampunan Para Penyokong

Setelah mencatat keputusan positif sebelum ini dalam aksi persahabatan pertama skuad negara menentang Filipina, nyata momentum kemenangan itu tidak dapat diteruskan pada perlawanan semalam apabila Malaysia merekodkan kekalahan pertama tahun ini bawah kendalian Kim Pan-gon.

Lebih perit dalam aksi itu, peluang sepakan penalti juga telah dilepaskan skuad negara selepas berjaya menguasai permainan dan lebih banyak melibatkan diri dalam serangan.

Dion Cools antara pemain yang diberi perhatian pada perlawanan semalam setelah zon beliau antara paling banyak dibolosi oleh lawan sehingga menghasilkan dua gol buat pasukan tuan rumah.

Umum diketahui Cools hadir selaku status pemain yang beraksi di liga lebih kompetitif berbanding rakan sepasukannya di kem kebangsaan. Impaknya di bahagian pertahanan amat ditagih setelah Malaysia mempunyai masalah di posisi tersebut untuk beberapa tahun ini.

Sebelum itu, Cools lebih banyak digunakan selaku pemain pertahanan tengah sewaktu era kejurulatihan Tan Cheng Hoe untuk membentuk gandingan bersama Aidil Zafuan atau Shahrul Saad.

Kini, sejak dua perlawanan bawah kendalian Kim Pan-gon, Cools kembali diberi peranan di posisi asalnya iaitu pertahanan kanan. Hasilnya, pada perlawanan lalu sewaktu menentang Filipina nyata pemain kacukan Malaysia-Belgium ini berjaya mempamerkan karakteristik yang bagus sepanjang permainan.

Namun sebaliknya berlaku malam ini, posisi beliau paling kerap menjadi sasaran lawan untuk menerjah masuk setelah menyedari Cools lebih banyak bertindak di atas membantu serangan serta agak lambat untuk kembali ke posisinya.

Walaupun mempunyai kebolehan tinggi sewaktu membantu serangan, Cools agak perlahan sekiranya situasi serang balas pantas dilancarkan Singapura dan menjadikan kedudukan pemain lain yang menampung posisi beliau sedikit kelam kabut.

Sebentar tadi di laman rasmi Twitter milik Cools, beliau ada membuat permohonan maaf kepada para penyokong sambil mengakui ini antara permainan terburuknya semenjak menyertai skuad kebangsaan.

Tambah pemain itu lagi, beliau juga tidak putus mengucapkan terima kasih buat para penyokong yang tidak henti-henti menyokongnya dan berazam untuk kembali dengan lebih bagus.

“Saya tidak menafikannya. Ini merupakan permainan terburuk yang saya beri untuk skuad kebangsaan dan saya ingin memohon kemaafan kepada semua.

“Aksi yang lalu merupakan sesuatu yang hebat, tetapi untuk perlawanan ini kita harus cepat melupakannya. Ini sebahagian daripada kehidupan.

“Terima kasih saya ucapkan buat anda semua yang menyokong sekali lagi. Seterusnya nanti kita akan kembali sama-sama raikan,” jelas Cools di Twitter beliau.

Apapun, diharap peminat dapat terus menyokong skuad kebangsaan yang baharu saja lagi dibentuk oleh pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Jurulatih itu masih mempunyai masa untuk membentuk skuad terbaik negara sebelum aksi Kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi untuk memberi cabaran buat pasukan negara lain.

Cools juga boleh terus fokus untuk memperbaiki kembali aksinya kerana Malaysia masih ada satu lagi perlawanan terakhir bagi menentang kelab tempatan dari Singapura iaitu Albirex Niigata dalam aksi penutup sebelum kembali pulang.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN