“Ini Pemain Nombor 9 Yang Menjamin 20 Gol Semusim” – Mengenang Saat Ken Ilso Menyarung Jersi Kedah

Ken Ilso Kedah 2017 gol penyerang impak

Bekas penyerang import Kedah Darul Aman, Ken Ilso dilihat memuat naik posting mengenang saat beliau beraksi di sana dengan kapsyen menarik, “Ini gaya pemain nombor 9 yang menjamin 20 gol semusim.”

Ironinya, posting itu dibuat ketika Kedah sedang melalui saat sukar terutamanya tahap efisyennya jentera serangan mereka dalam saingan musim 2022. Penyerang harapan, Ngah Wanja kurang memberikan impak seperti yang diharapkan. Beliau mampu meledakkan gol, namun adakalanya ia menghampakan penyokong.

Mengapa dikatakan sebegitu? Adakalanya, peluang boleh gol Kedah telah disia-siakannya begitu sahaja.

“Just feed Ilso” – Axello

Mengenang semula saat Ken Ilso menyarung jersi Kedah, beliau menyertai Sang Kenari sebagai pengganti Shane Smeltz dan telah meninggalkan impak yang besar walaupun hanya semusim bersama mereka.

Menyertai kem Kedah pada musim 2017, Ilso meledak 25 gol dalam 33 penampilannya. Ia melebihi sasaran yang telah diletakkannya saat terbang menyertai skuad Hijau Kuning dari kelab Singapura, Home United.

Pada awalnya pemain-pemain Kedah sukar untuk bermain mengikut rentaknya yang bukannya seorang ‘target man’ – sistem yang sudah berakar umbi dalam pasukan selama ini. Namun, selepas Liridon Krasniqi mula menghubungkannya dengan pasukan, Ilso mula mempamerkan taringnya sebagai seorang ‘poacher’.

Beliau hanya mula meledak gol dalam perlawanan ketiga Liga Super ketika berdepan FELDA United. Dan selepas itu, beliau mula menempa nama selaku penyerang yang diidamkan para penyokong Kedah.

Penganalisis bebas, Axello sebelum itu telah memuat naik analisis ringkas tentang gaya permainan Ilso yang hanya memerlukan pemain lain membuat hantaran kepadanya. ‘Just feed Ilso’ adalah kata-kata Axello yang menekankan yang pemain Kedah hanya perlu fokus melepaskan bola ke dalam kotak penalti kepadanya.

“Dia [Ilso] tak perlukan bola cantik mana pun. ‘Feed’ je ke dalam ‘box’ dan dia kerap berada di posisi yang tepat kerana naluri ‘poacher’ yang kuat.”

Ken Ilso terkenang saat menyarung jersi Kedah

Dalam satu posting di Instagramnya, Ken Ilso telah berkongsi video sesi photoshoot dengan jersi Kedah.

“Ini adalah gaya pemain nombor 9 yang menjamin 20 gol semusim. Saya sering teringat ketika saya masih beraksi di Malaysia. Ia antara tempoh paling gila sepanjang karier bola sepak saya. Ramai penyokong yang hadir ke stadium, dan banyak ‘selfie’ yang harus dilunaskan [bersama peminat].”

Beliau juga terkenang saat-saat beliau perlu membeli keperluan rumah yang dilakukan di awal pagi.

“Adakalanya terlalu banyak [interaksi dengan penyokong] sehingga saya terpaksa keluar untuk mendapatkan barangan runcit [keperluan rumah] seawal 6 pagi. Dan apabila kami beraksi di padang sebagai pemain Kedah, ia sentiasa seperti sebuah magis.”

Tentunya sentuhannya masih segar diingatan para penyokong, terutamanya selepas era Marlon Alex James.

Bertangkalkan seluar dalam?

Dilabelkan sebagai penyerang yang memiliki sentuhan berbisa, Ilso adalah pemain yang gemarkan cabaran baharu. Sepanjang kariernya, sudah 8 pasukan yang telah disertainya termasuklah FC Midtjylland (Denmark) dan VfL Bochum (Jerman). Malah, sebelum menyertai Kedah, beliau bermain cemerlang di Home United.

Sepanjang dua musim di Home United, dia telah menyumbang 36 gol daripada 52 penampilan. Walaupun gembira beraksi di Singapura, pemain yang digelar ‘King Ken’ itu akhirnya turut meninggalkan Home United.

Sepertimana nama-nama besar bola sepak di seluruh dunia, Ilso juga mempunyai ritual yang beliau percaya mampu memberikan impak kepada prestasi dirinya di dalam padang. Ilso percayakan seluar dalam dipakainya!

Dalam erti kata lain, beliau percaya kepada tuah seluar dalam yang dipakai yang katanya mampu memberi nasib yang baik kepada dirinya bagi menghadapi final Piala Malaysia 2017 berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukannya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya.”

“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah.”

Ken Ilso, Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN