Bekas jurulatih Korea Selatan yang membawa negara itu ke saingan Piala Dunia 2018, Shin Tae-yong telah pun memberi sedikit saranan kepada pengendali terkini skuad tersebut iaitu, Paulo Bento mengenai persiapan semasa sebelum kejohanan tahun ini bermula.
Korea Selatan dilihat sedikit terganggu persiapan mereka kini, setelah tonggak utama mereka iaitu Son Heung-min dilaporkan mengalami kecederaan sebelum aksi Piala Dunia 2022 berlangsung.
Son Heung-min had surgery on Friday, missing Tottenham's 2-1 defeat to Liverpool, and is in jeopardy of missing the World Cup 🤕#BBCFootball
— BBC Sport (@BBCSport) November 6, 2022
Pemain serangan Tottenham Hotspur itu dilaporkan telah mengalami kecederaan yang memerlukan pembedahan, dan membuatkan kem Korea Selatan kini sedikit bimbang jika Son mungkin tidak dapat didaftarkan untuk aksi tersebut tidak lama sahaja lagi.
Kecederaan tersebut berlaku apabila Son telah dikasari oleh pemain lawan iaitu Chancel Mbemba yang mewakili Olympique Marseille ketika saingan UEFA Champions League (UCL) baru-baru ini.
Disebabkan itu, mata Son telah mengalami kecederaan dan penglihatan beliau jelas terganggu yang memerlukan pembedahan kerana melibatkan bahagian tulang di kawasan tersebut.
Jika pemain tersebut tidak dapat beraksi pada saingan Piala Dunia ini, jelas kekuatan serangan Korea Selatan mungkin tampil sedikit berbeza.
Disebabkan itu, Tae-yong yang kini menjadi jurulatih utama Indonesia tampil memberi saranan kepada Bento untuk kembali memikirkan solusi terbaharu bagi mengatasi masalah tersebut.
STY Beri Saran Penting ke Pelatih Timnas Korea, Ada Apa? https://t.co/JK0xBtqxzJ
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) November 6, 2022
“Paulo Bento pastinya sudah memikirkan sebarang kemungkinan jika Son tidak dapat beraksi untuk saingan Piala Dunia ini.
“Ketika ini pasukan perlu memerlukan motivasi yang tinggi dan perlu memberi kepercayaan kepada jurulatih mereka dalam persiapan yang sedang dibuat,” jelas Tae-yong menerusi CNN Indonesia.
Tae-yong pastinya memahami situasi yang sedang berlaku kepada Bento, kerana sebelum itu beliau juga mengalami nasib yang sama ketika membuat persiapan bersama Korea Selatan.
Ketika itu, bekas jurulatih Korea Selatan tersebut kehilangan khidmat pemain seperti Kim Min Jae, Kim Jin-su, Kwon Chang-hoon, Lee Geun-ho, dan Ki Ki-hoon.
“Disebabkan ramai pemain mengalami kecederaan ketika itu, saya perlu menyediakan pelan lain supaya kami boleh terus memberi saingan untuk aksi Piala Dunia.
“Ketika ini Bento perlu memikirkan cara untuk menaikkan moral para pemain terlebih dahulu selain memberi kepercayaan kepada mereka juga yang bakal menggantikan khidmat Son,” tambah beliau lagi.
Pada masa sama, beberapa lagi pemain lain dilihat turut memberi kegusaran buat Bento setelah masalah minit permainan mereka bersama kelab dilihat tidak memberansangkan.
Misalnya, Hwang Hee-Chan antara yang dijangka bakal menjadi pelapis utama kepada Son dilihat tidak memiliki banyak peluang musim ini bersama Wolves dalam saingan English Premier League selain Hwang Ui-jo.
Shin Tae-yong and Son Heung-min singing from the same hymn sheet here today. Both said #KOR have a “one per cent chance” of beating #GER and progressing.
Difficult to argue with them, to be fair. #WorldCup @OmnisportNews pic.twitter.com/G65lfR4yIA
— Ryan Benson (@RyanRyanBenson) June 26, 2018
“Pada pendapat saya, kedua pemain tersebut juga mungkin mengalami tekanan ketika ini setelah mereka gagal untuk menembusi kesebelasan utama bersama pasukan masing-masing,” ulas Tae-yong.