“Ini Musim Terakhir” – Jawapan Nafuzi Mengenai Masa Depannya Dengan Terengganu

Nafuzi Zain Terengganu

Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi mengenai masa depannya selepas memberi bayangan bakal meninggalkan kelab pantai timur tersebut pada penghujung musim ini.

Difahamkan kontrak jurulatih berusia 43 tahun itu bersama skuad Penyu bakal berakhir pada 30 November ini dan pihak pengurusan kelab masih belum memuktamadkan perbincangan mengenai lanjutan kontraknya.

Dalam sidang media selepas aksi Liga Super pada yang menyaksikan Terengganu menang 3-0 ke atas Penang pada Rabu, Nafuzi sempat memberi respon mengenai gegantung #NafuziStay yang dipasang oleh penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Saya begitu berterima kasih kepada penyokong yang menyokong saya dari awal musim lagi,” ujarnya.

“Sejak dari awal musim lagi sehingga saat-saat akhir pun atas sebab penyokong saya berada di sini dan itu satu penghargaan yang besar buat saya.

“Sampai sekarang pun mereka tetap menyokong dan bersama saya, namun saya tidak menolak kemungkinan besar musim ini akan jadi yang terakhir untuk saya di TFC, itu sahaja penjelasan saya setakat ini.”

Perkembangan tersebut sekaligus menambah lagi drama dalam senario bola sepak tempatan mengenai kelab baharu yang bakal disertai olehnya pada musim hadapan dan sudah tentu khidmatnya amat ditagih oleh beberapa pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN