Kelicikan Arif Aiman Wajar Diberi Tumpuan Penuh Oleh Pertahanan PJ City

Saingan Liga Super 2022 bakal terus bersambung pada malam ini dengan salah satu perlawanan tumpuan membabitkan antara Petaling Jaya City (PJ City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam aksi yang bakal berlangsung pada malam ini, PJ City bakal melalui tugas getir untuk berhadapan pelawat yang tampil serba konsisten di segenap posisi.

Namun berkelebihan beraksi di laman sendiri serta berjaya mencatat kemenangan pada aksi sebelum itu ketika menentang Selangor, pastinya momentum para pemain sedang meningkat.

JDT pula pastinya masih segar dengan kemenangan mereka di pentas final Piala FA 2022 baru-baru ini dan pasukan tersebut jelas berada dalam keadaan terbaik untuk merebut tiga mata di gelanggang lawan.

Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberikan impak buat pasukan masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung.

Arif Aiman Hanapi

Penyerang muda ini dilihat bakal terus digunakan oleh pengendali pasukan, Hector Bidoglio selaku salah seorang penggempur JDT untuk mengatasi tuan rumah.

Jaringan satu gol beliau pada aksi final baru-baru ini pastinya memberi semangat buat pemain tersebut untuk terus membuktikan mengapa dirinya sebagai salah seorang yang terbaik dalam negara ketika ini.

Barisan pertahanan PJ City wajar memberi perhatian penuh kepada pemain ini setelah Arif dilihat bukan sahaja lincah mengawal bola, malah beliau juga sangat tajam di hadapan gol.

Kelebihan Arif juga terletak pada kelicikan beliau yang cepat membuat keputusan serta bijak mencipta hantaran-hantaran berbahaya kepada rakan sepasukan dalam petak penalti.

Bergson da Silva

Dua jaringan penyerang Brazil ini pada aksi lalu terus membuktikan mengapa Bergson merupakan penyerang import terbaik musim 2022.

Selain mencipta nama dalam saingan Piala FA, ketika ini juga Bergson sedang memacu senarai penjaring terbanyak menerusi rekod gol beliau yang amat memberansangkan.

Apa yang membuatkan Bergson ini berbahaya apabila pemain ini mampu menerima sebarang umpanan untuk diubah dalam bentuk jaringan serta memiliki kekuatan fizikal bagi menghadapi mana-mana pertahanan lawan.

Darren Lok

Penyerang kebangsaan tersebut boleh dikatakan berada dalam prestasi terbaik ketika ini menerusi sumbangan gol beliau bersama PJ City.

Tampil selaku wakil tunggal untuk berada dalam penjaring terbanyak untuk pemain tempatan, khidmat beliau pastinya ditagih pasukan untuk terus meledak gol.

Tumpuan perlu diberikan oleh pertahanan JDT kepada Darren, apabila beliau mampu mencipta jaringan daripada sudut-sudut sukar dan gemar memberi tekanan dalam petak penalti untuk membuat sesuatu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN