Calon Presiden Barcelon yang merupakan ahli perniagaan, Emili Rousaud tanpa berselindung mengakui bintang kelab tersebut, Lionel Messi akan meninggalkan The Blaugrana sekiranya beliau tidak bersetuju untuk dikenakan pemotongan gaji terhadapnya.
Masa depan Messi bersama kelab Catalan itu terus menjadi perdebatan selepas beliau sebelum ini berkeras menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab yang disertai sejak usia 14 tahun itu susulan beberapa isu dalaman yang dikaitkan dengannya.
Sehubungan dengan itu, beberapa kelab gergasi seperti Paris Saint-Germain, Manchester United dan Inter Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat penerima enam kali anugerah Ballon d’Or itu.
Berikutan dengan serangan wabak COVID-19 yang melanda dunia, pemotongan gaji menjadi antara perkara yang perlu dilalui setiap pemain bola sepak dan ianya tidak terkecuali juga buat Messi.
”Kami perlu untuk duduk semeja dengan Messi dan meminta dia untuk membuat pemotongan gaji.”
”Sekarang ini, dengan masalah yang dihadapi, ia [kadar gaji] tidak dapat dikekalkan,” ujar Rousaud menurut laporan Goal.
”Kami akan memintanya untuk berkorban. Sekiranya tiada persetujuan dapat dicapai maka Messi akan meninggalkan Barcelona.”
”Messi telah melakar begitu banyak kisah dalam sejarah kelab ini. Kami perlu untuk menghargai legenda kami, tetapi itulah realiti yang perlu dihadapi.”
”Kami akan melakukan sehabis daya untuk memastikan dia kekal tetapi kepentingan kelab perlu diletakkan sebagai keutamaan,” tambaj Rousaud lagi.
Proses pengundian bagi memilih presiden baharu Barcelona bakal diadakan pada 24 Januari depan berikutan keputusan Josep Maria Bartomeu yang meletakkan jawatan pada Oktober lalu
Kredit featured image: Sportinfoto/DeFodi Images via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:
Lionel Messi: Saya Penat Sentiasa Jadi Masalah Buat Semua Orang
Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya
City Sudah Ada Perancangan Untuk Lionel Messi, Mahu Ikat Kontrak 10 Tahun