Ini Harapan Tomislav Steinbruckner Buat Akhyar Rashid

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berharap supaya kelibat pemain sayap iaitu Akhyar Rashid kembali sembuh untuk terus memperkuatkan Sang Penyu bagi menghadapi aksi Liga Malaysia (Liga M) tidak lama sahaja lagi.

Terdahulu, Akhyar telah diserang oleh dua individu tidak dikenali di kondominium sekitar Kuala Terengganu atas motif samun serta kini sedang diburu oleh pihak polis.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 8:30 malam dengan Akhyar dikatakan mengalami kecederaan di sekitar kaki kiri dan lengan kiri selain pendarahan di bahagian kepala akibat dihentak objek keras.

Menurut Asisten Komisioner Azli Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Terengganu, kejadian berlaku selepas mangsa pulang daripada mengharungi sesi latihan bersama kelab dan diserang oleh dua suspek tidak dikenali.

Hasil serangan tersebut menyaksikan Akhyar mengalami pendarahan di bahagian ubun-ubun selepas ada kesan koyakan kira-kira empat sentimeter sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Selain itu, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga telah menerima empat jahitan di bahagian kepala, dua jahitan pada kaki kiri, serta mengalami bengkak sekitar tangan kiri.

Menerusi kejadian tersebut, Akhyar sudah tentu akan terlepas beberapa perlawanan awal musim ini bersama Sang Penyu dalam saingan domestik.

Menurut Steinbruckner, beliau mengakui sangat terkejut akan kejadian yang berlaku kepada pemain bawah kendaliannya itu sebelum aksi liga bermula.

Malah pengendali dari Croatia itu juga berharap supaya Akhyar kembali sembuh kerana beliau merupakan tonggak utama musim ini untuk memperkukuhkan aspek serangan kelab tersebut.

“Akhyar adalah antara pemain penting dalam pasukan terutama menjelang aksi pertama menentang Perak FC dengan berbaki seminggu sahaja lagi.

“Sejujurnya saya terkejut dan kesal dengan kejadian yang menimpanya (Akhyar), lebih-lebih lagi menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan kaki.

“Tapi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut terhadap apa yang berlaku itu kerana mahu memberikan ruang sepenuhnya kepada pemain itu kembali sembuh serta lebih tenang.

“Tapi besar harapan kami agar dia (Akhyar) cepat sembuh dan kembali bersama pasukan sebelum Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada hujung minggu depan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pemain kelahiran Kedah itu antara dipinjamkan JDT musim ini kepada Terengganu selain bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid dan kehadiran dua tonggak itu jelas mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak kebangsaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN