Ketua Polis Selangor Keluar Kenyataan Tentang Kes Simbah Asid Buat Faisal Halim

Ketua Polis Selangor iaitu Dato’ Hussein Bin Omar tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes terbaharu membabitkan isu jenayah terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Dunia bola sepak kebangsaan gempar dengan siri serangan terbaharu buat pemain bola sepak tempatan apabila kali ini ia membabitkan Faisal Halim pula yang disimbah asid.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis di Selangor, mereka mendapat laporan pada jam 5:51 menerusi cawangan Petaling Jaya tentang siri serangan tersebut menerusi panggilan daripada orang awam.

“Pada 05/05/2024 jam lebih kurang 5:51 petang, Polis Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan Malaysian Emergency Response Services 999 memaklumkan pemain bola sepak kebangsaan telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasaraya terkemuka di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan mangsa adalah stabil.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelas kenyataan tersebut.

Serangan membabitkan pemain bola sepak ini berlaku buat kali kedua pada tahun 2024, dengan terdahulu ia telah membabitkan bintang Terengganu iaitu Akhyar Rashid.

Laporan sebelum ini menyatakan Akhyar telah diserang dua individu tidak dikenali dengan objek keras sehingga menyaksikan beliau mengalami pendarahan di bahagian kepala, kaki dan tangan.

Dua siri serangan yang berlaku pada masa terdekat ini jelas sesuatu yang membimbangkan, apatah lagi saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal bermula hanya beberapa hari sahaja lagi.

Apatah lagi, Faisal dan Akhyar juga merupakan tunjang penting buat skuad Harimau Malaya dan pastinya kejadian ini sedikit sebanyak menggusarkan para kejurulatihan pasukan kebangsaan.

Malah, pelaku untuk dua siri jenayah ini jugs masih belum dapat dikesan dan pasti memberi imej buruk Liga M di luar negara jika mereka mengetahui kejadian tersebut.

Kami di Semuanya BOLA berharap agar kedua pemain ini kembali sembuh dan tabah menghadapi dugaan tersebut selain mengharapkan si pelaku mendapat pembalasan seadilnya.

Malah, kami juga menyeru agar setiap penyokong turut bersatu mendoakan kedua pemain ini kembali sembuh serta membantu pihak polis jika mempunyai sebarang maklumat penting.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN