Ini Beza Mentaliti Penyokong JDT & Terengganu Pada Aksi Final Piala Malaysia 2023

Seperti diketahui, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pasukan paling digeruni ketika ini dalam saingan Liga Malaysia atau Asia Tenggara dan sudah pun dibuktikan sejak beberapa tahun ini.

Seiring dengan kepesatan pasukan tersebut dalam membangunkan empayar tersendiri, kumpulan penyokong pasukan tersebut juga kini dianggap semakin hebat menerusi sorakan padu mereka di stadium jika membabitkan aksi Harimau Selatan.

Walaupun begitu, nilai murni yang disemai dalam kalangan penyokong JDT juga menjadi antara patut dipuji dan sudah pun dibuktikan pada aksi final Piala Malaysia 2023 baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tular di media sosial baru-baru ini yang mempamerkan video beberapa orang penyokong Terengganu merakamkan satu detik istimewa selepas mereka mendapat layanan mesra daripada pihak lawan sepanjang aksi berlangsung.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, ia menunjukkan tiga pemuda Terengganu yang berada di kawasan penyokong JDT yang turut memberi ruang kepada mereka untuk berada di situ dengan selesa tanpa sebarang provokasi dibuat.

Malah pemilik video tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong JDT yang membantu mereka untuk berada di sana sambil memuji sorakan mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

“Terima kasih orang Johor bagi duduk sekali, walaupun kami dari Terengganu dan tahniah Johor. Kami dari Terengganu tiga orang hehehe, Ultras Johor memang hebat,” kata pemuda tersebut.

Walaupun begitu, sebaliknya pula berlaku di kawasan Terengganu, selepas ada satu video turut tular selepas ada penyokong Sang Penyu tidak berpuas hati kepada seorang individu memakai jersi JDT.

Menerusi video tersebut, beberapa peminat Terengganu tidak berpuas hati kepada seorang penyokong JDT yang bersorak selepas pasukan tersebut berjaya menjaringkan gol pertama.

Kesannya, penyokong JDT tersebut dipaksa menyalin jersi pasukan tersebut kepada pakaian Terengganu sehingga menyaksikan ada campur tangan daripada pihak polis untuk menyelesaikannya.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sebenarnya bola sepak merupakan satu wadah yang baik untuk menyatu padukan para penyokong dan tidak mempunyai batasan.

Jika disemai kepada sikap kenegerian seperti ini, ia hanya akan menyebabkan imej pasukan tercemar hanya kerana sekelompok kecil yang mengotorkannya dengan perkara tidak baik.

Apapun, kedua situasi ini wajar dijadikan suatu pelajaran berguna dengan sikap tolak ansur merupakan suatu elemen sangat penting dalam dunia bola sepak buat kalangan para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN