Gerakan Gol Cantik Arif Aiman Buat TMJ & Penyokong JDT Terpukau

Nama pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus menjadi fenomena dengan kali ini beliau mencipta sensasi tersendiri di pentas Asia bersama pasukan tersebut.

JDT secara rasminya telah pun menamatkan cabaran mereka di pentas AFC Champions League (ACL) musim ini di tangga ketiga bagi peringkat Kumpulan I selepas pasukan tersebut meraih kemenangan seterusnya berdepan BG Pathum menerusi keputusan 3-1.

Walaupun tidak dapat melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik seperti tahun lalu, Harimau Selatan memastikan para penyokong kesayangan mereka mendapat suatu kenangan manis musim ini di laman sendiri menerusi kemenangan bergaya 4-1.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), JDT berjaya mencipta empat gol menerusi dua ledakan Bergson da Silva, Endrick dos Sandos serta bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi.

Sementara pasukan pelawat pula hanya memperoleh satu gol pada awal separuh masa pertama menerusi Igor Sergeyev dan gagal untuk mendapatkan sebarang jaringan tambahan.

Pada aksi tersebut, JDT jelas mempamerkan kualiti mereka tersendiri untuk mengatasi cabaran daripada wakil Thailand itu menerusi corak permainan sangat berkualiti khususnya di separuh masa kedua untuk menekan lawan.

Menerusi dua pertemuan kedua pasukan tersebut musim ini juga menyaksikan JDT berjaya mencipta kemenangan berturut-turut, dan Arif menjadi satu-satunya bintang tempatan menyumbang tiga jaringan selain import, Bergson da Silva.

Apa yang boleh diperkatakan mengenai aksi Arif pada perlawanan ini ialah beliau berada pada satu tahap yang sukar untuk diatasi pertahanan pasukan lawan.

Sepanjang saingan berlangsung, gerakan JDT banyak berpaksikan kepada Arif dengan kualiti hantaran, kepantasan, serta ketajaman beliau ditagih untuk mendapatkan gol.

Hasilnya, Arif berjaya menyumbang satu bantuan gol berharga buat Endrick dos Santos serta dirinya sendiri meledak gol pada minit akhir permainan.

Malah, gol Arif juga boleh dianggap sangat berkualiti selepas kelincahan dipamerkan pemain itu berjaya mengelirukan beberapa pertahanan lawan sebelum satu rembatan kencang dilepaskan untuk mengatasi penjaga gol BG Pathum.

Gol tersebut bukan sahaja menjadikan suasana stadium gamat dengan sorakan, malah pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) sendiri terpaku menyaksikan jaringan itu dan dipamerkan sendiri secara siaran langsung menerusi Astro Arena.

Pada usia masih muda, Arif sehingga kini terus menjadi fenomena buat para penyokong bola sepak negara menerusi magis dipamerkannya di atas padang.

Jika TMJ sering membuatkan ramai terpaku dengan perubahan drastik positif yang dilakukan baginda bersama JDT, maka Arif mempamerkannya di atas padang untuk pasukan tersebut.

Pada pandangan anda, adakah itu merupakan gerakan gol paling cantik pernah dihasilkan oleh Arif Aiman sepanjang kempen ACL ini berlangsung?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN