Brendan Gan adalah pemain paling menyerlah di atas padang hasil gerak kerjanya ketika Malaysia cemerlang menewaskan Thailand 2-1 pada November 2019.
Mungkin itu adalah benchmark yang perlu dicapai oleh mana-mana pemain tengah yang berperanan box-to-box sepertinya. Anda tentunya ingat bagaimana beliau turun naik, malah membuat satu bantuan gol dan satu jaringan gol buat dirinya sendiri.
Ia malam yang sangat indah buat dirinya yang membuat penampilan ke-14 bersama Harimau Malaya selepas tiga tahun menyarung jersi skuad negara. Pemain kacukan Malaysia-Australia itu mula meraih kaps pada Mac 2016 berdepan Arab Saudi.
Ketika tewas 1-2 kepada UAE dalam perlawanan kedua Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia menggunakan taktikal yang sedikit berlainan, di mana, Syafiq Ahmad yang dilihat seakan-akan memainkan peranan box-to-box.
Norshahrul Idlan Talaha digunakan sebagai penyerang tunggal di atas, manakala Syafiq Ahmad sedikit sebayak berjaya menjadi pemain yang bergerak di belakangnya dalam perlawanan itu dan ketika tewas 0-1 kepada Vietnam, dalam aksi seterusnya.
Pengendali, Tan Cheng Hoe mungkin ketika itu belum berjaya mengenalpasti kekuatan sebenar Brendan Gan sehinggalah ketika kemenangan ke atas Thailand diraih mereka, seterusnya menang pula 2-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan berikutnya.
Namun, segalanya tergendala dek kerana seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19. Ia merencatkan sedikit rentak cemerlang yang mula dijana oleh Brendan Gan dan skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan pada ketika itu. Sayang, seribu kali sayang!
My favourite moment from the game, wasn't even the goal Brendan scored.
On the 55th minute, Brendan made this incredible recovery run and produced a clean tackle. And less than 10 seconds later, he was already combining with Syamer and Sumareh down the left.
Transitions. pic.twitter.com/uNsGSfZp39
— Keesh (@keeshmatstats) November 16, 2020
Dilayangkan kad kuning kedua ketika berdepan Indonesia, kudratnya untuk berdepan UAE sudah diketahui akan hilang. Cheng Hoe dilihat giat mencari penggantinya.
Bercakap kepada Berita Harian Mac lalu, Cheng Hoe berkata tentang penggantinya, “Kita ada mencuba beberapa pemain pilihan untuk mengganti Brendan [Gan].
“Kita nampak macam Nazmi [Faiz], Danial Amier Norhisham selain beberapa pilihan lain seperti Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih. Selain itu kita juga mengharapkan Liridon [Krasniqi] nanti dapat dipanggil,” jelas Cheng Hoe mengenainya.
Dengan Liridon Krasniqi sudah boleh dipanggil kini, hajat Cheng Hoe sudah tercapai. Sebagai insan yang amat mengenali gaya permainannya, Cheng Hoe sudah tentu memiliki perancangan untuk bagaimana menggunakannya berdepan UAE.
Amongst all Malaysian players that night, Brendan also had:
1) Most Forward Passes – 13
2) Most Passes Into Final Third – 7
3) 2nd Most Dribbles: 4
4) 2nd Most Progressive Passes: 6A quick look at his pass map shows you how progressive he was, with the ball. pic.twitter.com/3mstqwhmN1
— Keesh (@keeshmatstats) November 16, 2020
Pengulas Astro Arena, Keesh Sundaresan telah membuat perincian mengenai ‘gerak kerja’ Brendan Gan pada malam tersebut yang telah memberikannya anugerah pemain terbaik perlawanan. Jadi, penggantinya nanti, perlu mencapai benchmark ini.
Menurut Keesh, Brendan Gan telah menghasilkan complete passes terbanyak di dalam padang di kalangan pemain Malaysia selain terbanyak membuat forward passes (13) dan passes into final third (7). Bukan itu sahaja, beliau juga turun untuk bertahan!
Beliau membuat 12 ball recoveries di mana 50 peratus adalah dalam kawasan lawan – terbanyak dalam perlawanan itu. Beliau juga ketiga terbanyak menang pertembungan di udara selepas Shahrul Saad dan juga Corbin Ong iaitu pemain pertahanan.
Beliau bekerja keras di atas padang dan membuktikan kehebatannya dalam menjadi jeneral buat Harimau Malaya. Jadi, dengan ketiadaannya dan selepas 18 bulan tidak beraksi, siapakah di kalangan para pemain yang ada, akan menggalas peranannya?
Liridon Krasniqi dilihat sebagai pemain yang menggantikannya, namun tidak pasti apakah peranan yang sama bakal diberikan kepadanya. Atau mungkin ada calon lain antara Nor Azam Azih, Syamer Kutty Abba atau Nazmi Faiz Mansor?
Baca lagi artikel lain mengenai Brendan Gan dan skuad kebangsaan:
Tanpa Brendan Gan, Adakah Liridon Taruhan Terbaik Sebagai ‘Pencatur’
Liridon Krasniqi Jumpa Ronaldinho Minta Tips Sebelum Sertai Skuad Harimau Malaya?
Brendan Gan: Kisah Keperwiraan Dalam Bola Sepak Untuk Kita Baca