Tanjong Pagar United Atau Lion City Sailors, Mana Satu Pilihan Shakir Hamzah

Shakir Hamzah Perak FC Lion City Sailors FC Tanjong Pagar 2021

Difahamkan, bek Singapura, Shakir Hamzah sudah capai persetujuan untuk tinggalkan Perak FC dan bakal menyertai Tanjong Pagar United atau Lion City Sailors FC.

Khabar yang dikongsi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam itu mengesahkan seorang lagi pemain bakal angkat kaki tinggalkan Perak selepas masalah tunggakan gaji yang dialami pasukan tersebut dikatakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini, kapten, Shahrul Saad dan Guilherme de Paula sudah meninggalkan The Bos Gaurus untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kemudian diikuti oleh Kenny Pallraj serta J. Partiban yang telah memilih untuk menyarung jersi KL City FC.

Sebelum perkongsian itu, bek kiri Perak, Nazirul Naim dilihat berkongsi status di Twitter, “Lepas satu satu. Habistu apa yang tinggal?” Ia mungkin merujuk kepada pemergian seorang demi seorang pemain-pemain tonggak mereka ke pasukan lain.

Menurut Zulhelmi, terdapat dua pasukan di Singapura yang sedang mengintai khidmat pemain berpengalaman itu iaitu Tanjong Pagar United dan juga Lion City Sailors.

Berdasarkan kedudukan semasa di Singapore Premier League, kemungkinan besar, mudah untuk Shakir Hamzah membuat keputusan iaitu menyertai revolusi Lion City Sailors yang merupakan sebuah kelab yang bakal bersaing di saingan Piala AFC 2021.

Tanjong Pagar United pula sedang bergelut di dasar liga, hanya meraih enam mata daripada 10 perlawanan, sementara Lion City Sailors sedang menghuni kedudukan ke-2 liga, hanya satu mata dipisahkan daripada pendahulu ketika ini, Albirex Niigata.

Selain itu, The Sailors juga dilihat memiliki ramai bintang skuad kebangsaan Singapura, namun kekurangan tonggak di benteng pertahanan. Oleh itu, kemungkinan besar, untuk berdepan aksi di Piala AFC, mereka perlu menagih kudrat Shakir Hamzah.

Tambah nilai yang pastinya menarik, mereka baru sahaja melantik pengendali ternama, Kim Do-hoon, bekas bintang Piala Dunia 1998 Korea Selatan serta pernah menjulang kejuaraan AFC Champions League 2020 ketika membimbing Ulsan Hyundai.

Jika benar pemain kelahiran Singapura itu bakal menyertai kelab terkaya di Seberang Tambak itu, beliau bakal berdepan dengan bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC dalam aksi Piala AFC yang dijangka bakal membuka tirai pada hujung Jun nanti.

Begitupun, menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, Shakir Hamzah turut dikatakan menarik minat pasukan daripada Thai League. Apa yang pasti, Perak akan terasa apabila kehilangan kudrat pemain pertahanan serba boleh ini.

Baca lagi artikel lain mengenai Shakir Hamzah dan Perak:

Shakir Hamzah, Azri Ghani Bakal ‘Angkat Kaki’, Tinggalkan Perak?

Shakir Hamzah Umum Tinggalkan Kedah, Bakal Kembali Ke S-League?

Kisah Perak Sehandal Israel & Mengapa Israel FA Jadi Persatuan Dibenci Di Benua Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN