Ole Gunnar Solskjaer telah menghamburkan pujian kepada para pemainnya selepas menyingkirkan Chelsea daripada Piala Carabao.
Manchester United menang 1-2 di Stamford Bridge, dalam aksi yang akan dikenang Marcus Rashford. Pemain tersebut menjaringkan kedua-dua gol untuk pasukannya. Gol kedua Rashford adalah menerusi roket yang sangat cantik.
Michy Bathsuayi memnjaringkan gol tunggal kepada pasukan tuan rumah. Ianya juga satu gol yang cantik menerusi keupayaan individual yang tinggi.
Manchester United mara ke pusingan suku akhir Piala Carabao.
Solskjaer menyatakan bahawa pasukannya kini telah kembali berada di landasan yang tepat. United berjaya menjaringkan lebih 1 gol dalam 2 perlawanan beturut-turut.
Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Kami telah banyak menjelajah dalam beberapa minggu ini. Dan kini kami memiliki semangat berpasukan yang tinggi.”
Before Ole Gunnar Solskjær took charge, #mufc hadn't won a game at Stamford Bridge since 2012.
He's won there twice in eight months. pic.twitter.com/6eKzT5UyWO
— utdreport (@utdreport) October 30, 2019
“Aksi malam ini adalah menunjukkan karakter sebenar pasukan ini.”
“Kita bermain bola sepak seperti mana yang kita mahu mainkan. Kita mendahului 1 gol di hadapan. Hari ini, kami sangat baik, dengaan pergerakkan yang pantas. Ini baru Manchester United. Kita sebelum ini berusaha untuk mengembalikan perkara ini.”
Solskjaer juga menegaskan beliau tidak hairan dengan gol kedua Marcus Rashford. Ini kerana beliau tahu kualiti pemain tersebut.
“Marcus memiliki kualiti sepakan. Dan saya sudah banyak kali melihat beliau melakukan gol seperti itu di pusat latihan.”