Ini Alasan Klopp Enggan Campur Tangan Dalam Isu Puasa Pemain Beragama Islam

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjawab soalan wartawan; yang bertanya berkenaan cara pengurusan beliau ke atas pemain-pemain yang beragama Islam dalam pasukan Liverpool.

Lebih-lebih lagi pemain Sadio Mane dan Mohamed Salah adalah pemain utama Liverpool. Jadi, pastinya mereka perlu menguruskan pemain tersebut sebaiknya.

Mane dan Salah adalah pemain utama Jurgen Klopp dan mereka antara pemain beragama Islam dalam pasukan Liverpool yang sedang dipersiapkan – sepanjang bulan ramadan – untuk perlawanan akhir UCL menentang Tottenham Hotspur.

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 26: Sadio Mane of Liverpool (R) celebrates as he scores his team’s second goal with Mohamed Salah during the Premier League match between Liverpool FC and Huddersfield Town at Anfield on April 26, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Ada beberapa pasukan di Eropah, pihak pengurusan akan campur tangan isu puasa pemain. Ini kerana mereka mahukan para pemain berada dalam prestasi tertinggi.

Namun bagi Jurgen Klopp, beliau antara pengurus yang tidak mahu campur tangan soal pemain berpuasa ataupun tidak.

Klopp menganggap isu puasa tidak sesekali menjadi masalah dalam kem Liverpool. Sadio Mane dan Mo Salah turut berpuasa dalam persiapan perlawanan akhir UCL pada musim lalu.

Musim lalu Klopp memberitahu perkara yang sama ketika Liverpool beraksi di final UCL di Kiev. Di mana Klopp menyatakan: “Berpuasa ataupun tidak para pemain [beragama Islam yang berpuasa] akan tetap kuat bertenaga.”

Pada tahun lalu juga Klopp menyatakan para pemain lain dalam skuad Liverpool sentiasa bergerak lebih awal ke bilik persalinan pada hari perlawanan untuk membolehkan para pemain beragama Islam sembahyang terlebih dulu.

Klopp berkata: “Dalam dunia ini, kita agak bergelut untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita dalam planet ini. Ianya memang fantastik.”

“Kami melakukan beberapa perkara tipikal sebelum perlawanan. Beliau (Mohamed Salah) seorang muslim dan melakukan apa yang muslim lain lakukan sebelum perlawanan. Beliau melakukan prosedur mencuci (washing procedure) diri dan semua benda seperti itu.”

(Washing procedure yang Klopp maksudkan adalah merujuk kepada mengambil wuduk untuk solat)

“Jadi, kami semua datang seminit atau 2 minit lebih awal ke bilik persalinan. Supaya dia sempat menyediakan diri untuk perlawanan. Sama juga seperti Sadio Mane, dan Emre Can, mereka semua melakukannya.”

“Oleh itu, tiada orang pun merungut bertanya, kenapa kami harus (buat semua ini) dan sekarang kena harus tunggu.”

“Perkara ini sudah normal dalam pasukan kami dan itulah sebaiknya berlaku dalam dunia ini. Kita semua harus cuba memahami antara satu sama lain dan melakukan beberapa perkara pelik demi satu sama lain.”

Pada kali – tahun ini – Klopp tetap menegaskan para pemain yang berpuasa terus diberikan kebebasan. Klopp ada alasan tersendiri untuk tidak campur tangan dalam perkara yang berkaitan dengan agama.

Beliau berkata: “Saya tiada masalah dengan pemain yang mahu berpuasa. Saya menghormati tuntutan agama mereka. Dan mereka sentiasa pemain yang hebat sama ada ketika berpuasa ataupun tidak.”

Klopp: Ada banyak perkara lebih penting daripada bola sepak

Seterusnya Klopp memberitahu wartawan bahawa bola sepak bukan segala-galanya dalam kehidupan manusia.

“Kadangkala, Mane atau Salah datang lewat ke bilik persalinan kerana mereka sembahyang dan berdoa. Ada banyak lagi perkara dalam hidup ini yang lebih penting daripada bola sepak,” jelas Klopp lagi.

“Menurut kefahaman saya, agama itu perkara yang peribadi. Tiada apa yang perlu diperkatakan tentang itu [puasa]. Segalanya baik-baik sahaja, dan kamu akan tengok mereka di sana nanti – terlibat dalam sesi latihan yang penuh dengan penuh bertenaga, seperti mana yang kita harapkan.”

Sadio Mane dan Mohamed Salah diharap akan kekal cergas untuk berhadapan dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir UCL.

Pakar nutrisi Liverpool sudah bersedia dengan pelan khas dalam mengendalikan pemakanan pemain yang berpuasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN