Martin Keown: Mereka Ada Hazard, Kita Ada Ozil, Kita Harus Risau Dengan Kemerosotan Arsenal

Martin Keown menzahirkan kerisauan beliau ke atas Arsenal dalam kempen pada musim akan datang. Beliau risau Arsenal akan terus mengalami kemerosotan – sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik selepas ini.

Keown juga memberitahu Arsenal mungkin akan sukar untuk bermain di UCL lagi jika tidak melakukan perubahan dalam pasukan selepas kekalahan besar di final UEL berhadapan musuh sebandar – Chelsea.

Walaupun aksi positif pada separuh masa pertama, The Gunners tewas 4-1 – untuk masa penuh. Ini bermakna Arsenal gagal ke UCL pada musim hadapan. Arsenal akan bersaing di UEL sekali lagi.

Keown berkata: “Ianya sistem yang gagal di Arsenal. Chelsea terlalu bagus untuk Arsenal malam ini. Arsenal benar-benar mengalami kemerosotan. Jauh sekali dengan kualiti Arsenal satu ketika dahulu.”

“Sama ada Wenger terlalu lama di Arsenal? Saya tetap merasakan rekrut pemain baharu harus dilakukan. Dan saya tidak tahu berapa dana yang akan disediakan bagi membantu Arsenal untuk kembali ke 4 teratas musim hadapan.”

“Jika kita sentuh tentang mengekalkan pemain yang ada, Aubameyang dan Lacazette – tidak mudah untuk mengekalkan pemain seperti ini. Ia pasti akan memakan sedikit kos.”

Keown mengakui pasukan Arsenal yang ada memiliki ramai pemain yang teknikal, namun mereka masih rapuh secara berpasukan.

Keown menambah: “Musim lalu mereka bolos 51, musim ini pun bolos 51 – dengan kumpulan pemain yang sama.”

“Jadi, rombakan besar-besaran diperlukan. Namun dari manakah dana ini akan datang? Adakah pemilik akan sanggup meletakkan dana besar itu pada satu masa?”

“Saya rasa Unai Emery adalah pengurus yang harus diberikan sokongan oleh pengurusan tertinggi. Beliau jurulatih yang bahgus dan penuh kesungguhan. Malangnya, ramai pemain beliau tidak memiliki kesungguhan seperti beliau.”

Seterusnya Martin Keown mengkritik pemain yang menerima gaji paling mahal dalam kem Arsenal iaitu Mesut Ozil.

Ozil sangat rendah sumbangan beliau di dalam perlawanan ini, terutama sekali dalam keadaan tanpa bola. Keown membandingkan kualiti pemain bintang utama Arsenal dengan bintang utama Chelsea. Jelas sekali ianya bagai langit dan bumi.

https://twitter.com/Abhimeyang/status/1133834479393370112

“Pada malam ini kita seperti berada di ‘Garden of Eden’. Hazard adalah penuh yang penuh dengan bakat dan kualiti.”

“Arsenal telah jauh jatuh ke bawah. Mereka [Chelsea] ada Hazard, dan kita pula ada Ozil. Beliau [Ozil] tidak dapat berhubung dengan Aubameyang dan Lacazette sepanjang perlawanan.”

“Ozil adalah pemain paling ‘besar’ namanya dalam pasukan Arsenal, dan beliau tidak mampu ‘bermain’ di luar halaman sendiri [Emirates]. Separuh daripada perlawanan ini, beliau tidak terlibat untuk apa-apa aksi.”

“Beliau harus menjadi pemain yang lebih baik ketika pasukan menguasai bola. Namun apabila dalam fasa tanpa bola, beliau tidak melakukan lebih usaha. Ozil mungkin rasa beliau sudah melakukannya dengan cukup, malangnya beliau tidak.”

“Saya bersimpati dengan para penyokong yang datang bertandang ke sini dari jauh. Ianya berakhir dengan kekecewaan dan daibkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN