Ini Adalah ‘Pentas’ Jordan Mintah Bukan David Da Silva, Tegas Nafuzi Zain

Jordan Mintah David da Silva Nafuzi Zain

Dalam dua aksi awal Piala Malaysia 2021, Jordan Mintah masih gagal meledak gol seperti yang diharapkan sebagai pengganti David da Silva, namun Nafuzi Zain tidak akan berpatah balik dengan keputusannya.

Sebelum Piala Malaysia bermula, pengendali Terengganu FC itu menyatakan di sidang media, beliau mungkin akan menagih kudrat Jordan Mintah selepas memberikan ruang kepada David da Silva sebelum ini.

Kurang memberikan impak berkesan di jentera serangan, David da Silva menerima cemuhan di kalangan para penyokong, malah ada yang meminta pengurusan untuk mendapatkan semula Dominique da Sylva.

Jordan Mintah merupakan penyerang yang berbisa dan boleh dianggap sebagai ‘pakar statistik gol’. Namun, dalam dua aksi awal ini, dapat dilihat beliau gagal menterjemahkan peluang boleh gol yang dicipta.

Mujur buat Terengganu, pemain tengah mereka sentiasa menjadi penyelamat. Sang Penyu merekodkan dua kemenangan – menang 2-0 ke atas Kuching FC dan 2-1 ke atas Selangor FC dengan pemain tengah menjadi penyumbang gol iaitu Lee Tuck dengan dua gol, Faisal Halim (satu gol) dan Dechi Marcel (satu gol).

Mungkin semua tertanya-tanya, adakah Nafuzi Zain akan kembali menagih kudrat David da Silva?

Jordan Mintah Impi Buru Gol Di Piala Malaysia Pula Walaupun Dalam Kesakitan

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Jordan Mintah, beliau sedang dirundung masalah kecederaan yang belum pulih sepenuhnya. Namun, beliau tetap mahu beraksi dan melupakan kecederaan yang dialaminya.

“Walaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat selama enam minggu, demi pasukan TFC II yang mengharungi saingan Liga Premier sebelum ini dan pasukan TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia, saya membuka balutan di tangan lebih awal.

“Saya sanggup berkorban demi pasukan biarpun belum sembuh 100 peratus,” ujarnya kepada Berita Harian.

Mungkin disebabkan itulah, Jordan Mintah masih gagal meledak gol walaupun beliau meledak gol bersama TFC II di saat bermain dalam kecederaan yang sama. Rehat yang panjang ini adalah masa terbaik buatnya untuk kembali pulih. Jadi, apabila saingan kembali bersambung nanti, tiada lagi alasan buat dirinya.

Ketika ditanyakan media, adakah beliau akan menyenaraikan semula David da Silva selepas ini, Nafuzi Zain berkata, “Saya mesti adil bagi pemain-pemain saya. Saya telah bagi peluang semusim di Liga Super kepada David da Silva dan mungkin kali ini peluang kepada Jordan Mintah. Bagi saya kedua-duanya adalah bagus.”

“Penyerang ini kadang-kadang mengharapkan tuah. Mereka perlu berada di masa dan tempat yang betul. Memang kita lihat peluang banyak pada malam ini tetapi teruskan kerja keras dan cuba lagi selepas ini.

“Dari segi [prestasi] latihan, David da Silva adalah yang terbaik. Sebab itu, kita selalu ingin memberikannya peluang. Tetapi dah semusim dia bermain, jadi ini adalah peluang buat Jordan Mintah,” ulas lanjut Nafuzi Zain.

Musim ini, Jordan Mintah merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Premier bersama penyerang JDT II, Fernando Rodriguez dengan 16 gol walaupun tidak bermain dalam enam perlawanan ketika menggantikan David da Silva di Liga Super di awal musim yang lalu. Beliau juga meledak tujuh gol dalam 10 aksi musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN