Skuad kebangsaan Indonesia telah pun disahkan tak akan menjadikan Stadium Gelora Bung Karno (GBK) sebagai laman rasmi mereka untuk saingan Piala AFF 2022.
Faktor GBK tidak dapat digunakan kerana stadium tersebut masih lagi dalam proses pemulihan dari segi rumput, serta dalam persiapan lebih rapi untuk saingan Piala Dunia B-20 2023.
GBK ❌
Pakansari & Patriot ✔️Stadion Utama Gelora Bung Karno tak bisa jadi markas Indonesia di Piala AFF 2022 lantaran bakal direnovasi untuk Piala Dunia U-20 2023 🌎
Tapi alternatifnya… ah sudahlah 🤷♂️ pic.twitter.com/swZSB7bT1J
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) November 3, 2022
Hingga kini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) masih lagi belum membuat pengumuman rasmi mengenai lokasi baharu mereka untuk saingan tersebut yang bakal berlangsung hujung tahun ini.
Media tempatan sana iaitu CNN Indonesia telah memberi lima pilihan stadium lain yang mungkin boleh dipertimbangkan PSSI untuk menjadikannya sebagai laman rasmi mereka tahun ini.
Jakarta International Stadium (JIS)
Ketika ini, JIS telah pun mencipta rekod sebagai stadium yang mampu menampung kehadiran penyokong terbesar yang terletak di utara Jakarta.
Sebelum itu, stadium tersebut sudah pun diuji beberapa kali untuk mengetahui sebarang kelemahan yang dapat diperbaiki bagi acara-acara lebih besar diadakan.
Walaupun begitu, PSSI telah menyatakan JIS masih lagi belum layak untuk digunakan bagi kejohanan antarabangsa kerana beberapa masalah.
https://twitter.com/andiyasserr/status/1588115798068895744?s=46&t=_nt0lXIFlMQlrZCvNITBZg
Menurut PSSI, stadium tersebut ketika ini masih belum cukup syarat lengkap dari segi fasiliti serta kemudahan lain yang turut membabitkan pasukan bertanding selain para penyokong.
Stadium Pakansari Cibinong
Salah satu stadium pilihan utama selain GBK kerana ia memenuhi segala syarat utama untuk perlawanan antarabangsa.
Masalah Stadium Pakansari ini yang lain pula, keadaan rumput di sana jelas tidak begitu memuaskan selain sistem pengaliran agak teruk jika hujan lebat berlaku.
#OTD in 2018
🇰🇷 Korea Republic win the Asian Games for a record 5️⃣th time at the Pakansari Stadium in 🇮🇩 Cibinong! #ThrowbackThursday pic.twitter.com/J2x3WOabxo
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 1, 2022
Kali terakhir stadium tersebut digunakan ketika aksi perlawanan persahabatan membabitkan Indonesia menentang Curacao pada dua bulan lalu.
Stadium Patriot Candrabhaga
Salah satu stadium pilihan yang sesuai untuk digunakan pada aksi Piala AFF ini bagi menggantikan GBK, selain kerap digunakan untuk perlawanan peringkat antarabangsa.
Stadium tersebut digunakan pada kali terakhir ialah pada aksi Piala AFF B-19 2022 dengan berkapasiti untuk menampung 30,000 orang pada satu masa.
📸 Sekitar majlis penyampaian hadiah Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/0YRGmISyt0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 15, 2022
Namun, kualiti padang di stadium tersebut turut menjadi isu utama selepas ianya mula merosot selepas Asian Games 2018 kerana tidak begitu diberi perhatian pihak pengurusan.
Stadium Wibawa Mukti Cikarang
Lokasi stadium ini terletak di Bekasi dan layak untuk menjadi salah satu pilihan terbaik buat skuad Indonesia berbanding Stadium Patriot Candrabhaga dari segi kualiti.
Apa yang menjadi sedikit masalah, apabila kedudukan stadium tersebut tidak begitu strategik kerana agak jauh dari bandar utama untuk keselesaan para penyokong.
2018 Asian Games Men's Football | Monday, 20th August 2018
Kick-Off
MALAYSIA vs BAHRAIN
Wibawa Mukti Stadium, Cikarang, Indonesia#FAM #HarimauMalaya #AsianGames2018 pic.twitter.com/XoMMXVGCiT
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 20, 2018
Sang Garuda juga sudah lama tidak beraksi di sana, apabila kali terakhir stadium tersebut digunakan pada tahun 2018 sewaktu mereka berdepan Hong Kong.
Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA)
Antara lokasi yang paling sesuai serta sangat popular sejak kebelakangan ini untuk digunakan oleh pasukan kebangsaan Indonesia.
Stadium tersebut mula mendapat perhatian selepas era pemerintahan Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum PSSI dan telah digunakan sebanyak dua kali pada tahun ini.
📸 🇮🇩 WHAT A LANDSCAPE! This is the Gelora Bandung Lautan Api Stadium!
Capacity: 38.000 fans.We will be sharing a few more pictures of beautiful stadiums around the world! pic.twitter.com/61URG0oxwb
— FutbolJobs English (@FutbolJobs_EN) April 23, 2020
GBLA juga menjadi antara stadium yang mendapat perhatian pihak pengurusan untuk menjaga kualiti padang dan persekitaran dengan baik dan digunakan oleh pasukan tempatan, Persib Bandung.