Rio Ferdinand Nasihat Jurgen Klopp Supaya ‘Tiru’ Gaya Man United

Bekas pertahanan legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah pun memberi nasihat kepada pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp supaya mengikuti corak pengurusan The Red Devils.

Menurut Ferdinand, beliau menasihatkan agar Klopp menggugurkan empat pemain Liverpool yang dianggap bakal jadi penghalang untuk perkembangan seterusnya pasukan tersebut.

Musim ini, Liverpool jelas tampil dengan aksi yang kurang memberansangkan dan sukar untuk konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

The Reds ketika ini berada di tangga kesembilan carta English Premier League (EPL), dengan lapan mata ketinggalan di belakang Newcastle United serta 15 mata jauh daripada pendahulu, Arsenal.

Salah satu faktor kelemahan Liverpool musim ini terarah kepada prestasi semasa pemain tengah mereka dari Brazil iaitu Fabinho.

Sementara itu, Jordan Henderson bersama Thiago Alcantara pula lebih kerap tersisih kerana masalah kecederaan dan menyebabkan mereka tidak mampu memberi impak terbaik dalam setiap perlawanan.

Disebabkan itu, Ferdinand telah memberi cadangan kepada Klopp agar beliau mampu membawa bakat-bakat baharu untuk menggantikan pemain lama.

Jelas Ferdinand, beliau menyatakan perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sebelum ini bersama era kejurulatihan Sir Alex Ferguson pada suatu ketika.

“Apa yang membuatkan Ferguson ialah beliau cepat mengesan pemain bawah kendaliannya yang sudah tidak begitu memberi impak untuk ditukar dengan secepat mungkin.

“Kita bercakap ketika ini mengenai pemain-pemain Liverpool yang sudah pun berada pada penghujung prestasi mereka berbanding dua atau tiga musim lalu.

“Jaap Stam adalah pertahanan terbaik United ketika itu, selamat tinggal. David Beckham dalam prestasi yang menggagumkan, bye-bye. Ruud Van Nistelrooy pula, pengurus pasukan telah melihat segalanya lebih awal.

“Risiko pastinya ada untuk melakukan perkara tersebut, tetapi kamu perlu yakin dan percaya akan apa perkara dibuat dan berkelebihan untuk mengesan lebih awal bakat baharu,” jelas Ferdinand menerusi Sport Bible.

Bekas pertahanan England itu memaklumkan empat pemain Liverpool iaitu Henderson, Thiago, Fabinho, dan James Milner wajar digantikan pada masa akan datang.

“Saya faham situasi pemain tengah agak berusia seperti Henderson, Thiago, Fabinho, dan Liverpool ketika ini.

“Saya memerhatikan aksi Liverpool menentang Nottingham Forest lalu, tapi kamu mempunyai Harvey Elliot, Carvalho, dan Curtis Jones yang mampu dibawa turun beraksi dengan baik. Adakah mereka bersedia untuk menjadi pemain utama?

“Itu persoalannya, jika mereka bukan pemain yang diperhatikan Klopp, sesuatu perlu dilakukan dengan sebaiknya.

“Saya percaya, bukan jendela perpindahan akan datang ini, tetapi pada musim panas ini mereka akan mendapatkan tenaga pemain baharu.

“Sukar apabila pemain-pemain tersebut telah menunjukkan aksi yang bagus untuk anda memberi isyarat mereka perlu keluar daripada kelab.

“Ianya juga sukar apabila mereka begitu setia bersama pasukan sehingga anda terlalu bergantung kepada pemain itu untuk sekian lama dalam kelab,” tambah Ferdinand.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN