Ini 3 Sebab Mengapa Dollah Salleh Layak Untuk Kembali Kemudi Sri Pahang

Berdasarkan prestasi serta keputusan semasa Sri Pahang dalam saingan Liga Super 2022 ketika ini, jelas para penyokong pastinya sangat kecewa untuk menerima hakikat sebenarnya.

Apa tidaknya, Sri Pahang ketika ini sudah pun menghuni tangga ke-11 carta liga dan berada di zon penyingkiran untuk musim hadapan di saingan Liga Premier.

Daripada 11 perlawanan dihadapi juga, pasukan kendalian Christophe Gamel cuma meraih dua kemenangan serta dua seri untuk mengumpul lapan mata.

Kelab tersebut juga mencatat jumlah bolos kedua paling tinggi setakat ini di belakang Sarawak United setelah melepaskan 20 gol.

Lebih mengecewakan daripada tiga perlawanan terakhir mereka termasuk semalam, Sri Pahang gagal untuk sekurangnya memperoleh satu mata dan statik dengan merekodkan kekalahan.

Gamel dilihat seperti bakal direhatkan oleh pengurusan Sri Pahang dan calon yang dilihat sesuai untuk mengendalikan kelab tersebut ialah Dollah Salleh.

Ini tiga sebab mengapa Dollah lebih layak untuk kembali mengemudi Sri Pahang.

Dollah Salleh lebih kenal para pemain

Bekas pengendali Sri Pahang ini bukan hanya setahun dua bersama pasukan, malah beliau juga mengenali para pemain yang dilihat berpotensi untuk dinaikkan.

Ditambah dengan para pemain sendiri selesa beraksi bawah kendalian beliau untuk mencorakkan taktikal yang diterapkan oleh Dollah dalam setiap perlawanan.

Dollah lebih pakar memilih import

Salah satu perkara yang harus diakui oleh Dollah Salleh ini ialah kepakaran beliau dalam membuat pemilihan pemain import dalam pasukan.

Antara import terbaik yang pernah berada dalam era beliau ialah Matheus Alves, Saddil Ramdani, Herold Goulon, serta beberapa nama lagi berjaya memberi impak dalam pasukan.

Kelebihan Dollah dalam merekrut pemain import jelas tidak boleh dipertikaikan sejak beliau mengambil tampuk kejurulatihan Sri Pahang sejak 2017.

Magis Dollah dalam membawa kejayaan domestik buat Sri Pahang

Pada tahun 2017, Dollah Salleh berjaya membawa Sri Pahang berada di tangga kedua carta Liga Super, melangkah ke final Piala FA, serta melayakkan pasukan ke suku akhir Piala Malaysia.

Tahun seterusnya pula, Dollah berjaya memberi kejayaan ketiga buat Sri Pahang dalam saingan Piala FA apabila menjuarainya ketika itu serta sekali lagi membawa kelab tersebut ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Ketika tahun 2019, walaupun tidak menjuarai apa-apa, Dollah masih mampu untuk membawa pasukan melangkah ke pusingan separuh akhir bagi saingan Piala FA serta Piala Malaysia dan mengakhiri liga di kedudukan kedua terbaik.

Kesimpulan

Dollah sudah lama bersama Sri Pahang selaku jurulatih dan pengurusan yang memerhati para pemain di sesi latihan serta mengetahui apa diinginkan mereka.

Walaupun adakala beliau dikritik kerana mempamerkan corak permainan agak kurang konsisten selaku jurulatih, namun beliau ada kejayaan tersendiri yang sudah dibuktikan ketika bersama Sri Pahang.

Sekiranya Gamel dikeluarkan, rasanya Dollah bakal sekali lagi diberi mandat untuk kembali menjadi jurulatih Sri Pahang dalam cabaran untuk memperbaiki kedudukan liga serta merebut Piala FA dan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN