Imran Samso Tinggalkan Kelantan United Demi Kejar Impian Jadi Pegawai Polis

Imran Samso

Pemain Kelantan United (KU), Imran Samso telah memilih untuk meninggalkan pasukan tersebut demi mengejar cita-cita di luar padang.

Beliau kini memilih untuk mengejar impiannya untuk menjadi pegawai polis dan ini sekali gus menamatkan kariernya bersama-sama KU.

Imran kini bakal memulakan tugasnya sebagai pegawai polis di Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam siaran media sosial KU di Facebook, pihak kelab telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Imran yang dilihat bakal meninggalkan pasukan tersebut.

“Tahniah Imran Samso kerana diterima menjadi anggota polis. Kelantan United FC mengucapkan terima kasih atas segala jasa serta bakti pemain ini kepada kelab dan pasukan.

“Setiap kerja keras dan dedikasi sangat kami hargai. Selamat maju jaya Imran Samso,” kata KU dalam kenyataan mereka.

Imran yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan tetangga, Kelantan, meninggalkan pasukan dengan rekod yang cukup baik apabila telah bermain kesemua perlawanan KU pada musim ini.

Beliau telah tampil dalam kesemua 10 perlawanan Liga Premier untuk Kijang Hijau musim ini termasuklah dua aksi Piala FA yang menyaksikan KU menumbangkan Kinabalu Jaguar 4-0 di pusingan pertama sebelum disingkirkan Sabah pada pusingan kedua.

Imran bakal mengikut jejak langkah bekas pemain Selangor dan Melaka United, V. Kavichelvan yang turut menjadi pegawai polis.

Selain Kavichelvan, bekas pemain ATM iaitu Venice Delphi turut merupakan pemain Liga Malaysia yang berkhidmat dalam badan beruniform iaitu Angkatan Tentera Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN