Belum Selesai Kejar De Jong, Man United Sedia Berebut Gnabry Dengan Man City

Serge Gnabry

Belum selesai lagi urusan Manchester United mengejar Frenkie De Jong, kini mereka dalam usaha untuk mendapatkan pula pemain lain.

Pemain yang dimaksudkan adalah bintang Bayern Munich, Serge Gnabry yang kini dalam dalam potensi untuk meninggalkan kelab tersebut atas faktor kontrak.

Hal ini kerana, sejak 1 Julai yang lalu, Gnarby sudah memasuki tahun terakhir kontraknya dan sekarang adalah tempoh yang kritikal untuk Bayern untuk menguruskan kontraknya.

Bayern boleh memilih untuk melanjutkan kontrak Gnabry sekarang atau menjualnya untuk memperoleh keuntungan sebelum beliau boleh meninggalkan kelab secara percuma apabila tempoh perkhidmatan bersama gergasi Jerman itu memasuki enam bulan terakhir.

Menyedari hakikat itu, United dilihat mahu mendapat Gnabry memandangkan Cristiano Ronaldo kini mahu meninggalkan pasukan atas faktor “kelab tidak bercita-cita tinggi.”

Kelab Tak Bercita-Cita Tinggi Punca Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Manchester United

Menurut laporan Daily Mail, Bayern dikatakan telah menawarkan kontrak lanjutan dengan gaji sebanyak £200 ribu seminggu namun ditolak oleh Gnabry.

Tindakan pemain itu telah membuatkan pasukan-pasukan lain di Eropah berada dalam keadaan bersedia untuk mendapatkan beliau.

United dilihat bersedia untuk memberikan tawaran sebanyak £35 juta kepada Bayern untuk Gnabry. Namun begitu, mereka bakal menghadapi cabaran daripada Manchester City untuk pemain tersebut.

City dikatakan turut bersedia untuk mendapatkan Gnabry dengan Pep Guardiola kini sedang menyelami segala potensi seandainya Raheem Sterling meninggalkan kelab.

Sterling yang mempunyai situasi yang sama seperti Gnabry apabila kontraknya kini memasuki tahun akhir, mempunyai misi untuk berpindah dari City dengan destinasi pilihannya adalah pulang semula ke London.

5 Pemain Handalan Yang Memasuki Tahun Terakhir Kontrak Mereka Hari Ini

Chelsea dikatakan bersedia untuk mendapatkan Sterling namun sehingga kini belum lagi ada bidaan rasmi dibuat.

United pula berada dalam tekanan ketika ini kerana masih lagi belum mendapatkan mana-mana pemain untuk musim baharu.

Lebih pedih, mereka berpotensi kehilangan Ronaldo yang dilihat begitu kecewa dengan United ketika ini kerana tidak bernafsu mencabar kejuaraan.

Selain United dan City, bekas kelab Gnabry iaitu Arsenal turut dikaitkan dengan perpindahan pemain tersebut namun The Gunners tidak pernah melakukan sebarang gerak kerja untuk mendapatkan beliau.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN