Malaysia berjaya meneruskan rentak positif dalam dua perlawanan persahabatan Tier 1 apabila terbaharu mencatat kemenangan mengatasi Hong Kong dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Dua gol berjaya diledak oleh Safawi Rasid dan Safiq Rahim untuk mengetepikan cabaran pelawat yang tampil serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 1 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇭🇰 HONG KONG
⚽️ Safawi Rasid 31' (P) Safiq Rahim 90'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sYYsMrBaM0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 1, 2022
Kim Pan-gon hadir dengan beberapa perubahan dibuat dalam kesebelasan utama termasuk merombak sedikit gaya permainan skuad kebangsaan untuk hadir lebih baik berbanding ketika menentang Brunei.
Ada tiga nilai positif yang dapat dilihat pada perlawanan tersebut untuk memberi harapan buat skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 beberapa hari sahaja lagi.
Corak permainan lebih teratur
Malaysia mempamerkan aksi lebih baik pada perlawanan ini berbanding aksi menentang Brunei apabila persefahaman antara pemain lebih bagus serta masing-masing menjalankan tugas di setiap posisi dengan teratur.
Jika diimbas pada perlawanan menentang Brunei, Malaysia bermain dengan corak permainan agak tidak seimbang apabila para pemain kebanyakan lebih beraksi secara individu daripada bergerak dalam satu unit.
Namun semalam Malaysia tampil dengan aksi berpasukan lebih baik dengan kombinasi gerakan yang dicipta tidak bertumpu kepada individu sahaja.
Variasi serangan lebih menarik
Pada perlawanan semalam, Kim menggunakan rangkaian pemain serangan berbeza untuk menembusi pertahanan Hong Kong.
Pengendali tersebut memberi ruang buat gandingan Akhyar Rashid, Darren Lok, dan Arif Aiman bersama Safawi Rasid untuk memberi tenaga tambahan di serangan.
Hasilnya, Malaysia mencipta banyak peluang-peluang menarik selain kelicikan Arif dan Akhyar yang memberi kesukaran buat pertahanan lawan untuk merantai pergerakan mereka.
Hello! This is Arif. How may I assist you? 🤙#JDTForAll #ArifAiman #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/tVJWVNDaH3
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 13, 2022
Lok juga mempamerkan karakter sebenar selaku penyerang kebangsaan apabila penyerang itu bijak menekan pertahanan lawan serta sentiasa berada di posisi tepat untuk menerima umpanan rakan sepasukan.
Gandingan maestro tengah terbaik Malaysia
Tatkala ramai mengharapkan aksi pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Natxo Insa, tampil Azam Azih untuk membuatkan para penyokong memberi tumpuan kepada beliau.
Kelibat Azam di serata padang antara yang sangat menyerlah malam ini apabila pemain dari Sri Pahang itu mampu mengawal tempo permainan serta kreatif untuk mencipta peluang di bahagian serangan.
After going their first four games of the 2022 🇲🇾 @MFL_MY season without a victory, @OfficialPahang have now won two in a row after seeing off @KLCityFootball last night.
And what a strike it was from Nor Azam Azih to open the scoring! pic.twitter.com/UBABG6r1HM
— ESPN Asia (@ESPNAsia) May 8, 2022
Gandingan Azam bersama Syamer Kutty Abba juga dilihat amat menyerlah apabila kedua-dua pemain ini berjaya memberi pengaruh besar di bahagian tengah pada perlawanan semalam untuk menyukarkan lawan mencipta sesuatu.
Semakin hari, semakin positif
Walaupun masih ada lagi beberapa kelemahan perlu diperbaiki skuad kebangsaan, sekuranga Malaysia telah memberi reaksi positif untuk terus menjadi lebih baik dari setiap perlawanan dihadapi mereka.
Kim juga pastinya sudah dapat menilai sejauh mana kualiti para pemain yang dipilih beliau serta pastinya sudah merangka pemain kesebelasan utama untuk aksi kelayakan Piala Asia 2023 ini.
Malaysia bakal memulakan kempen mereka dalam kejohanan tersebut untuk menentang Turkmenistan pada 8 Jun ini sebelum bertemu Bahrain dan Bangladesh dalam Kumpulan E.