Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melakar kemenangan tipis 2-1 semalam bagi mengatasi pencabar semasa mereka, Sabah di Stadium Likas dalam aksi yang boleh dikatakan cukup menarik.
Pada perlawanan semalam, Sabah terlebih dahulu sebelum itu meledak gol pembukaan menerusi pemain import mereka iaitu Park Tae-su sebelum dipadamkan kelebihan tersebut menerusi dua gol Fernando Forestieri.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PERLAWANAN TERTUNDA LS11#LigaSuper2022 pic.twitter.com/J6eNPxzGAZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Walaupun begitu, perlawanan turut tercemar dengan beberapa insiden pergaduhan di penghujung permainan sebelum wisel penamat mengesahkan kemenangan buat JDT.
Ini ada tiga faktor kejayaan JDT mengatasi Sabah yang boleh dinilai sendiri oleh para penyokong melihat perlawanan semalam.
Kualiti pemain JDT
Pada perlawanan semalam, JDT berjaya mempamerkan aksi yang dilihat sangat baik walaupun kadangkala tuan rumah berjaya mengimbanginya.
Kelebihan JDT pada perlawanan tersebut terarah kepada kualiti teknikal para pemain mereka baik dari segi kawalan bola, ketepatan hantaran, serta kedudukan mereka sendiri.
Sabah dilihat agak kurang bagus dari segi individu apabila pemain kerap kehilangan bola dan teknik individu juga sedikit lemah daripada pelawat.
JDT bergerak dalam satu unit
Salah satu faktor penting mengapa JDT berjaya meraih kemenangan semalam disebabkan kelab ini sentiasa bergerak dalam satu unit sewaktu menyerang atau bertahan.
Segala gerakan dicipta dilihat sangat terancang dan akan ada rakan sepasukan untuk memberi bantuan atau membuka ruang sekiranya pemain JDT mengawal bola.
📸 AKSI PERLAWANAN TERTUNDA LS11
SABAH FC 1-2 JOHOR DARUL TA’ZIM#LigaSuper2022 pic.twitter.com/jT2uXg07Ph
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Berbanding Sabah, mereka sukar untuk membuka ruang atau menjana idea serangan dengan lebih baik sepanjang perlawanan.
Dalam situasi menyerang, Sabah terlalu bergantung pada gerakan individu dan kedudukan sesama pemain agak jauh untuk memberi bantuan atau menerima umpanan.
Mentaliti kemenangan
Walaupun beraksi di gelanggang lawan yang dipenuhi para penyokong Sabah, ia dilihat tidak menjadi penghalang buat JDT mempamerkan aksi berkeyakinan sepanjang perlawanan.
Malah mereka dilihat tampil dengan sangat konsisten sejak awal perlawanan biarpun tanpa kelibat pemain tonggak, Bergson da Silva yang mengalami kecederaan.
90+5' GOL | Fernando Forestieri menjaringkan gol kemenangan JDT pada masa kecederaan.@SabahFCofficial 1-2 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/1qJh7xZjol
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 15, 2022
Konsistensi sejak awal perlawanan tersebut membuahkn hasil apabila mereka memperoleh gol kemenangan pada saat akhir permainan dan dilihat langsung tidak tertekan.
Pasukan tuan rumah pula dilihat seolah mahu menghabiskan permainan secepat mungkin apabila tampil pasif untuk mencari gol kemenangan menjelang minit akhir perlawanan.
Biarpun mendapat sorakan padu penyokong, mereka gagal menggunakan kelebihan tersebut untuk mengatasi JDT di laman sendiri semalam.