Indra Putra Cetak Jaringan Yang Ke 100 Dalam Liga Super

Siapa yang tak kenal Indra Putra Mahayuddin?

Beliau merupakan antara pemain tempatan yang mempunyai karisma tersendiri dan masih mampu beraksi hingga ke hari ini pada usia menjangkau 38 tahun bersama pasukan Kuala Lumpur.

Pemain kelahiran dari Ipoh itu juga telah mengecapi pelbagai kejayaan sepanjang kariernya seperti memenangi kejuaraan Liga Perdana Satu buat dua tahun berturut-turut ketika bersama Perak, memenangi Piala FA juga dua tahun berturut-turut (Kelantan), Liga Super dan banyak lagi.

Sepanjang mewakili skuad kebangsaan, beliau telah menjaringkan 31 gol dalam 79 penampilan. Semalam merupakan hari bertuah beliau apabila berjaya mencapai rekod jaringan yang ke 100 dalam saingan Liga Super musim ini ketika menentang PKNS FC semalam.

Ia adalah jaringan yang memukau dengan lencongan di sebelah kanan menewaskan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan.

Kali pertama beliau meledak gol di pentas Liga Super ialah pada 21 Februari 2004, apabila mewakili Pahang menentang Sabah. Jaringan Indra turut direkodkan ketika bermain untuk Kelantan, FELDA United, Perak, T-Team, Selangor dan Kuala Lumpur sendiri sepanjang 15 tahun.

Bagaimanapun, Indra Putra mengakui bukan mudah untuk mencapai rekod tersebut kerana beliau menyifatkan saingan Liga Super pada musim ini jauh lebih sengit daripada musim lepas.

“Saya rasa saingan pada tahun ini lebih sengit dan untuk mendapatkan gol, ia bukannya mudah dan memerlukan usaha yang lebih tinggi.

“Ini mungkin lebih kepada kepuasan diri sendiri dan apabila berada pada tahap tertinggi, ia akan lebih bermakna,” katanya.

Namun anak kelahiran Perak itu akan terus memperjuangkan kariernya dan mengakui perjalanan karier bola sepaknya kian menghampiri penghujung serta memberi bayangan untuk bersedia menggantung butnya.

“Sebagai pemain bola sepak, sudah pasti saya mahu terus mencapai banyak lagi kejayaan dan memburu penamat karier yang manis.

“Dilihat kepada kemampuan saya, saya masih boleh beraksi selama dua tahun lagi dan jika Kuala Lumpur terus mahukan khidmat saya pada musim hadapan, berkemungkinan besar saya akan menamatkan karier saya bersama pasukan ini,” katanya.

Kami di SemuanyaBOLA mengucapkan tahniah kepada Indra Putra dan mendoakan semoga beliau mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam kerjaya bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN