Indonesia Persiap ‘Senjata Utama’ Untuk Elak Terus Dibedil Libya

Indonesia dijangka bakal membuat sedikit rombakan untuk aksi kedua mereka pada hari ini bagi perlawanan persahabatan di Turki dengan menentang Libya buat kali kedua.

Terdahulu, Sang Garuda telah pun mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan Libya bagi aksi persahabatan pertama bersama aksi kurang konsisten di segenap posisi.

Paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada posisi pertahanan mereka yang sangat rapuh sehingga beberapa kesilapan dibuat untuk memberi peluang Libya mendapatkan gol.

Melihat kepada situasi itu, pastinya ada rombakan baharu bakal dibuat oleh Shin Tae-yong untuk mengelakkan skuad kebangsaan mereka daripada terus mengulangi kesilapan sama.

Terbaharu, pertahanan kental Indonesia iaitu Elkan Baggott berkemungkinan akan dibawa turun beraksi selepas pemain tersebut tidak dapat bermain ketika perlawanan pertama.

Baggott ketika ini mengakui beliau berada dalam prestasi cukup baik selepas pulih daripada kecederaan dan sedia dibawa turun beraksi.

Jelas Baggott, fokus beliau dan rakan sepasukan kini adalah untuk terus mempersiapkan diri menghadapi beberapa lagi aksi persahabatan sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023.

“Kami kini masih lagi memiliki beberapa perlawanan persahabatan untuk dilalui, jadi kami menggunakan masa yang ada untuk terus bersiap sedia sebaik mungkin.

“Kami melalui hari yang sangat bagus kini dan keadaan padang juga sangat memuaskan, selain saya rakan-rakan lain berada dalam keadaan cukup cergas dan sedia untuk Piala Asia nanti,” kata Baggott menerusi Bola.com.

Pemain ini boleh dianggap sangat penting buat Shin kerana beliau memainkan peranan cukup besar khususnya di posisi pertahanan utama Indonesia.

Memiliki fizikal yang sangat tinggi, Baggott juga sangat bijak membaca gerakan serangan lawan dan mampu bergandingan begitu cemerlang bersama rakan sepasukan lain.

Malah, pemain ini juga masih beraksi dalam saingan Championships bersama Ipswich Town dan sudah pun berdepan dengan lawan jauh lebih berpengalaman.

Sudah tentu Baggott bakal menjadi pertaruhan penting untuk aksi hari ini di bahagian pertahanan Indonesia bagi mengelakkan mereka terus dibocori.

Indonesia bakal mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar nanti dalam Kumpulan D untuk berdepan cabaran getir daripada Jepun, Iraq, serta Vietnam.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN