Indonesia Perkenal ‘Wonderkid’ Baharu Untuk Aksi Berdepan Burundi

Indonesia terus giat untuk memperkenalkan bakat-bakat muda mereka di pentas antarabangsa, dengan terbaharu pemain berusia 16 tahun sah dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan bagi aksi berdepan Burundi.

Setelah tampil cemerlang memperkenalkan beberapa bintang muda pada musim lalu seperti Ronaldo Kwateh dan Marselino sehingga mendapat perhatian kelab-kelab di Eropah.

Untuk bintang muda pada tahun ini, Shin Tae-yong meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain baharunya dalam skuad kebangsaan iaitu Dony Tri Pamungkas bersama barisan-barisan tonggak senior lain.

Bakat Dony mula dikesan, selepas beliau tampil menyerlah bersama skuad projek bawah 20 (B-20) Indonesia bagi saingan Piala Dunia B-20 2023.

Walaupun masih muda, pemain tengah Persija Jakarta ini mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan dalam saingan Liga 1 Indonesia untuk mencipta dua bantuan gol.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang seperti ini. Sudah tentu ini suatu kejutan yang tak diduga selepas dipanggil menyertai skuad senior Indonesia,” luah Dony menerusi Bola.com.

Selain Dony, Persija turut melepaskan lima lagi pemain bintang mereka iaitu Witan Sulaeman, Syahrian Abimanyu, Hansamu Yama, Muhammad Ferarri, dan Riko Simanjuntak yang tampil konsisten sebelum ini dalam saingan liga.

Untuk rekod, Persija menjadi pasukan tempatan yang melepaskan pemain paling ramai untuk menyertai skuad kebangsaan, disusuli PSM Makassar sebanyak empat orang, dan tiga bintang mewakili Persib Bandung.

Selepas sah dipanggil menyertai kem kebangsaan Indonesia, Dony telah pun memasang tekad untuk mengambil seberapa banyak pengalaman berguna daripada pemain senior lain.

Beliau juga turut berjanji untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Shin untuk tampil lebih baik sekiranya diberi peluang beraksi.

“Menerusi peluang yang saya miliki ini, sudah tentu saya akan belajar dan mengumpul pengalaman daripada para pemain senior lain untuk tampil lebih baik.

“Sudah tentu, saya akan berikan segalanya diperlukan selama tempoh masa saya berada dalam skuad Indonesia ini,” tambah Dony dengan penuh bersemangat.

Melihat kepada situasi semasa, Dony berkemungkinan sekali lagi akan menjadi tarikan baharu untuk kelab-kelab di Eropah jika beliau diberi peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan ini untuk terus mengembangkan kariernya.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN