Indonesia Negara Kedua Ranking Paling Rendah Sertai Piala Asia 2023

Indonesia tampil sebagai negara kedua yang menduduki ranking dunia paling rendah untuk saingan Piala Asia 2023 kali ini di Qatar jika dinilai dengan pasukan-pasukan lain bagi kejohanan tersebut.

Untuk rekod, Indonesia kini berada di ranking ke-146 dunia dan berada lebih baik sedikit jika dibandingkan oleh Hong Kong yang menduduki tempat ke-150.

Kedudukan ranking negara Asia paling tinggi pula ketika ini memihak kepada Jepun yang kini berada di ranking ke-17 dunia serta Iran serta Korea Selatan.

Walaupun berada di ranking kedua terburuk untuk kejohanan tersebut, pengendali mereka iaitu Shin Tae-yong tidak kisah dan menganggap ianya sebagai suatu angka sahaja.

“Pada pandangan peribadi saya, kedudukan ranking negara itu hanya merupakan suatu angka sahaja,” jelas beliau menerusi satu laporan dikeluarkan oleh Bola.com mengenai pandangan Shin sebelum kejohanan Piala Asia bermula.

Malah, untuk aksi Kumpulan D, Indonesia jelas berada di kedudukan ranking paling teruk jika dibandingkan lawan mereka nanti iaitu Iraq, Vietnam serta Jepun.

Mengetahui prestasi semasa tidak memihak kepada mereka, Indonesia sebelum itu telah membuat persiapan awal dengan begitu rapi untuk membuat kem latihan pusat di Turkiye.

Walaupun begitu, tiga aksi persahabatan diharungi Sang Garuda jelas tidak boleh dibanggakan selepas mereka mencatat dua kekalahan berturut-turut di tangan Libya serta menjadi mangsa belasahan Iran.

Memetik kepada kenyataan dikeluarkan oleh jurulatih Indonesia iaitu Shin, beliau mengakui aksi ditampilkan para pemain kendaliannya sudah cukup baik dalam setiap perlawanan diharungi.

Namun, kesilapan-kesilapan sendiri sering dibuat menjadi asbab Indonesia mencatat kekalahan dan menyumbang kepada pasukan untuk mendapatkan gol.

Selain itu, Shin turut menganggap aksi bertemu Iran merupakan suatu proses pembelajaran berguna kepada mereka biarpun mencatat kekalahan besar pada perlawanan tersebut.

Tampil dengan gabungan barisan pemain tempatan serta warisan, jelas segalanya masih belum cukup sempurna buat Shin kini untuk menjana taktikal berkualiti kepada pasukan tersebut.

Kehadiran pemain seperti Jordi Amat, Elkan Baggott, Justin Hubner dan beberapa lagi bintang kini dianggap masih belum cukup untuk menambah kekuatan buat Indonesia di pentas antarabangsa.

Pandangan anda mengenai kemampuan mereka pada aksi malam ini?

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN