Indonesia Mungkin Uji Skuad Datuk K. Rajagobal Bulan Ini

Indonesia

Finalis Piala AFF 2020, Indonesia dijangka akan menjadi hos untuk perlawanan persahabatan pada bulan Januari ini di Bali untuk terus memantapkan skuad mereka.

Brunei Darussalam berkemungkinan menjadi pasukan pilihan Indonesia untuk dijadikan sebagai lawan mereka dalam perlawanan persahabatan nanti.

Selain Brunei, Tajikistan atau Bangladesh turut berpotensi menjadi lawan skuad Shin Tae-yong kelak.

Jelas Yunus Nusi selaku Setiausaha Agung PSSI yang mengesahkan Indonesia sedang membuat perancangan untuk menjadi tuan rumah bagi aksi persahabatan yang dijangka berlangsung pada pertengahan Januari ini.

Perlawanan ini juga bertujuan untuk skuad Garuda memperbaik kedudukan ranking ke tahap yang lebih baik dan mampu untuk mematangkan para pemain muda mereka seelepas ini dalam aksi antarabangsa.

Indonesia juga bakal menyertai kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun ini dan perlawanan persahabatan tersebut dilihat sangat penting untuk menilai sejauh mana kemampuan skuad ini mengekalkan konsistensi permainan seperti  yang dilakukan pada aksi Piala AFF 2020 lalu.

Aksi persahabatan ini juga dilihat sebagai pentas terbaik buat Brunei yang agak sepi dalam bola sepak Asean kebelakangan ini.

Dengan K. Rajagobal yang kini memegang tampuk kejurulatihan, Brunei dilihat mengambil langkah baharu untuk menaikkan kembali mutu bola sepak negara mereka.

Walaupun pasukan tersebut menarik diri daripada menyertai kejohanan Piala AFF 2020, Brunei mungkin boleh mempamerkan sesuatu dalam aksi persahabatan yang dianjurkan Indonesia pada Januari ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN