Laman sesawang rasmi milik Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah digodam sebaik sahaja skuad kebangsaan republik tersebut tewas 4-0 kepada Thailand di perlawanan akhir Piala AFF 2020 pada malam tadi.
Bukan sahaja digodam, pihak bertanggungjawab turut meninggalkan mesej dengan menyalahkan Presiden (Ketum) PSSI sebagai penyebab kekalahan.
“Indonesia mainnya bapuk (lemah) apa kerana Ketum PSSI masuk kamar ganti (bilik persalinan) pemain?” ujar mesej yang tertera pada laman sesawang tersebut.
Sebelum ini terdapat laporan Presiden PSSI, Mochamad Iriawan berusaha untuk bertemu dengan pemain secara bersemuka di Stadium Nasional Singapura untuk meniupkan semangat pemain menjelang perlawanan akhir tersebut.
Penggodam yang menggelar dirinya sebagai Anon7 itu bagaimana pun bernada optimis Indonesia mampu mengubah keputusan perlawanan akhir pertama apabila kedua-dua pasukan bertemu kembali pada minggu hadapan.
Situs PSSI.org atau diretas usai Timnas Indonesia kalah 0-4 dari Thailand di final Piala AFF 2020 (Piala AFF 2021), Rabu (29/12) malam WIB.
Dalam situs PSSI terlihat satu berita yang diduga dibuat oleh hacker dengan judul ‘Ayo Tetap Semangat di Laga Kedua’.
“Yok Indonesia bisa yok, masih ada leg 2, semangat,” tulis Anon 7.
Situasi laman sesawang PSSI digodam bagaimana pun tidak kekal lama dan kembali pulih selepas tengah malam (waktu Malaysia).
Perjuangan belum usai, masih ada waktu untuk evaluasi dan berbenah diri!
Ayo bangkit, Garuda! 💪#KitaGaruda #MeraihImpian #EmergingStrongerTogether #TimnasDay pic.twitter.com/8GSviVYaKE
— PSSI (@PSSI) December 29, 2021
Dalam perlawanan akhir pertama pada malam tadi, Thailand nyata berada di dalam kelas tersendiri apabila dengan mudah membelasah Indonesia 4-0.
Empat jaringan Thailand dihasilkan oleh Chanatip Songkrasin pada minit ke-2 dan ke-52 perlawanan sebelum Supachok Saracat dan Bordin Phala menambah dua lagi jaringan pada minit ke-67 dan ke-83 perlawanan.
Mampukah Sang Garuda melakar kejutan pada perlawanan akhir kedua atau terus kempunan buat kali keenam setelah mara sejauh ini?