Fabinho, Fred Dan Casemiro Merupakan Antara 5 Midfield Terhebat Brazil 2021

Dari era kegemilangan Zico membawa ke pemain berkarisma seperti Ricardo Kaka, Brazil tidak pernah gagal dalam melahirkan pemain midfield terbaik dalam dunia bola sepak.

Satu hal yang pasti, kualiti yang ada pada midfield mereka pada zaman sekarang, jauh lebih rendah berbanding pemain-pemain zaman emas mereka.

Pemain-pemain midfield pada hari ini tidak mempunyai kualiti dan corak permainan sebaik pemain dahulu, namun itu tidak bermakna Brazil tidak mempunyai pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

Pemain-pemain midfield yang mereka ada pada ketika ini masih lagi boleh dianggap antara yang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai lima pemain midfield terbaik Brazil pada ketika ini.

5. Douglas Luiz – Aston Villa

Pemain midfield Aston Villa, Douglas Luiz merupakan pemain midfield paling rajin dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Bekas bintang Manchester City itu melengkapkan perpindahan ke Villa Park pada tahun 2019 lalu, dalam usaha Aston Villa untuk menambah baik barisan tengah mereka.

Setakat ini, beliau berjaya menunjukkan impak seperti yang diharapkan dan boleh dianggap sebagai antara penandatanganan paling berbaloi kelab.

Pemain midfield Brazil itu bermain di posisi central defensive midfielder dan beliau juga sering naik ke atas untuk membantu jentera serangan seandainya khidmat beliau diperlukan.

Beliau sangat jarang untuk melakukan tindakan yang berisiko dan senantiasa mementingkan penguasaan bola di bahagian tengah.

Bahkan ketika Villa menyerang, beliau hanya akan menanti di kawasan berhampiran kotak penalti sahaja untuk menunggu bola terbias atau melakukan rembatan dari jarak jauh.

Luiz sebenarnya mempunyai kualiti hantaran yang sangat baik dan itulah kelebihan beliau berbanding menggunakan kelebihan fizikalnya.

Pemain kebangsaan Brazil itu memiliki vision yang menakjubkan dan beliau pada ketika ini merupakan antara nadi penting untuk Aston Villa.

4. Fred – Manchester United

Pemain midfield Manchester United itu merupakan antara pemain yang sedang menunjukkan peningkatan paling mendadak dalam skuad Red Devils.

Sebelum ini, kebanyakan penyokong Man Utd percaya yang Fred langsung tak layak untuk bermain di Old Trafford dan tak sepatutnya diturunkan dalam kesebelasan utama skuad.

Namun sejak beliau beraksi di bawah kendalian Michael Carrick dan kini bersama Ralf Rangnick, Fred telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dari segi corak persembahannya.

Fred pada ketika ini merupakan antara pemain terpenting dalam skuad Red Devils dan beliau juga sudah beberapa kali menjadi wira penyelamat skuad.

Sejujurnya, Fred merupakan jenis pemain yang sukar untuk ditemui pada ketika ini, walaupun beliau kerap hilang penguasaan bola, mudah melepaskan pemain lawan, namun satu hal yang positif, beliau tidak pernah penat dalam mengejar bola sepanjang permainan.

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick sememangnya sangat gemar pemain seperti Fred, yang boleh melakukan pressing sepanjang perlawanan tanpa kenal erti penat.

Seandainya Man Utd berjaya mendapatkan seorang pemain defensive midfielder yang berkualiti, dan membenarkan Fred bermain di posisi asalnya, tidak mustahil beliau akan lebih menyerlah.

3. Lucas Paqueta – Olympique Lyon

Ketika AC Milan membeli Lucas Paqueta dari Flamengo, mereka menjangkakan yang beliau bakal menjadi perancang terbaik dalam skuad.

Walau bagaimanapun, beban yang diberikan itu sepertinya sukar untuk digalas oleh Paqueta dan menyebabkan beliau gagal untuk bersinar di San Siro.

Gergasi Serie A itu kemudiannya memutuskan untuk melepaskan beliau kepada Lyon pada musim panas 2020, dan sejak dari itu, beliau berjaya untuk membuktikan kehebatan sebenar beliau di posisi midfield.

Pemain attacking midfielder itu turut cemerlang ketika bermain di posisi central midfielder bersama Lyon dan menjadikan beliau sebagai pemain terpenting skuad pada ketika ini.

Beliau senantiasa berjaya untuk menjaringkan gol dan mencatatkan assists seandainya ada ruang dan peluang.

Setakat ini, beliau sudah berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan empat assists dari 22 penampilan.

2. Fabinho – Liverpool

Pemain midfield Liverpool, Fabinho merupakan antara pemain midfield paling tenang dan bersahaja yang ada dalam dunia bola sepak hari ini.

Berfungsi sebagai holding midfielder, beliau senantiasa menjadi pemain pertama yang akan menggagalkan serangan dari pasukan lawan.

Beliau mahir dalam membaca permainan dan turut boleh naik membantu jentera serangan seandainya khidmat beliau diperlukan.

Sehingga Mac 2021, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menggunakan Fabinho di posisi centre-back, dan ia membuktikan yang bintang Brazil itu seorang pemain yang cukup versatile.

Beliau bahkan turut berjaya menyelamatkan The Reds dari deretan kekalahan ketika bermain di posisi centre-back.

Musim ini, beliau kembali bermain di posisi asalnya, dan turut cemerlang membantu Liverpool mencatatkan keputusan yang menakjubkan dalam semua pertandingan.

Gandingan beliau bersama bekas bintang Barcelona, Thiago Alcantara jelas memberi impak yang sangat positif untuk Liverpool dalam saingan Premier League.

1. Casemiro – Real Madrid

Sejak Zinedine Zidane dilantik sebagai pengurus Real Madrid pada tahun 2016 yang lalu, beliau berjaya menghasilkan trio midfield yang dianggap terhebat dalam dunia bola sepak.

Luka Modric, Toni Kroos dan Casemiro menjadi trio midfield terhebat dunia sejak dari awal mereka digandingkan, sehingga ke hari ini.

Gandingan mereka berjaya membantu Real Madrid memenangi tiga gelaran Champions League secara berturut-turut sebelum Zidane meninggalkan kelab.

Sememangnya sukar untuk memilih siapa yang lebih hebat dari tiga pemain ini, namun satu hal yang pasti, Casemiro sudah tentu bakal menjadi keutamaan berbanding Kroos dan Modric.

Kross dan Modric juga dianggap sebagai pemain midfield terbaik generasi ini, namun tak ramai yang menganggap Casemiro berada di tahap yang sama.

Sejak menjadi pemain utama dan terpenting dalam skuad Los Blancos, Casemiro telah mencatatkan statistik pintasan dan penyelamatan terbanyak dalam saingan La Liga.

Beliau berjaya menutupi kelemahan barisan pertahanan Real Madrid yang dilihat agak bermasalah sejak dua tiga musim kebelakangan ini.

Beliau merupakan nadi dan jiwa kepada skuad kebangsaan Brazil dan kelabnya Real Madrid, dan sukar untuk menganggap ada pemain yang lebih baik berbanding beliau dalam dunia bola sepak hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN