Indonesia Kini ‘Kemarau’ Akan Kualiti Penyerang Tempatan?

Indonesia kini dilaporkan turut menjadi antara negara yang kekurangan bakat penyerang tempatan berkualiti, apabila saingan Liga 1 di sana menyaksikan ia didominasi oleh para pemain import terutama dari Brazil.

Isu kekurangan kualiti penyerang tempatan ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, malah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sendiri sudah pun berlaku sejak beberapa musim lalu sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong tempatan.

Di Indonesia, segalanya tampak semakin jelas kini apabila penyerang tempatan mereka terus dibayangi oleh pemain-pemain import serta rekod jaringan dihasilkan kurang memuaskan dalam persaingan liga menerusi perkongsian CNN Indonesia.

Dalam senarai 10 penjaring terbanyak kini, tiada seorang pun penyerang tempatan Indonesia kelihatan kecuali pemain sayap iaitu Stefano Lilipaly sahaja.

Lilipaly yang beraksi di posisi sayap serta tengah serangan itu sehingga kini sudah pun mencatat 10 gol bersama aksi ditampilkan cukup konsisten dalam persaingan Liga 1 musim ini.

Untuk penyerang sejati tempatan, sehingga kini belum ada mana-mana pemain Indonesia sendiri tersenarai dalam rekod 10 penjaring terbanyak liga musim ini dan ianya jelas didominasi oleh tenaga import sahaja terutama dari Brazil.

Walaupun diberi minit permainan yang cukup banyak seperti Dendy Sulistyawan, penyerang kebangsaan Indonesia itu hanya meraih satu gol sahaja kini bersama Bhayangkara FC serta kurang memberi impak sepatutnya.

Hanya Ramadhan Sananta serta Ricky Cawor sahaja kini yang masih unggul selaku penjaring terbanyak tempatan apabila masing-masing mencatat tujuh gol, namun ianya masih belum cukup untuk tersenarai di kedudukan 10 terbaik.

Penyerang naturalisasi Indonesia yang kini berstatus tempatan iaitu Ilija Spasojevic juga semakin tumpul atas faktor usia apabila beliau kini hanya mampu mencipta lima gol sahaja buat Bali United.

Beralih kepada para pemain muda mereka seperti Hokky Caraka dan Bagus Kahfi, kedua bintang tersebut antara paling banyak mendapat minit permainan untuk beraksi dalam perlawanan liga pada musim ini.

Namun, keduanya tidak begitu memberikan impak besar dan masih lagi mencari-cari rentak permainan positif untuk mendapatkan keserasian terbaik di pentas tertinggi Indonesia itu.

Melihat kepada situasi semasa kebanyakan kelab lebih gemar menggunakan kualiti penyerang import, pastinya bakat-bakat muda ini perlu cepat menyesuaikan diri atau mereka akan terus tersisih daripada diberi ruang beraksi.

Malah, ini juga akan memberi kesan buat skuad kebangsaan mereka di pentas antarabangsa kerana memiliki isu penyudah serta penyerang tempatan kurang berkualiti untuk diberi peluang beraksi.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN