Timnas B-19 Indonesia melepaskan geram mereka ke atas Myanmar dengan membelasah pasukan tersebut 7-1 pada perlawanan perebutan tempat ketiga Piala AFF B-18 di Stadium Thuwunna, Yangon sebentar tadi.
Indonesia membuka tirai jaringan menerusi Rafli Mursalim pada minit ke-13. Pada minit ke-27, giliran Witan Sulaeman pula menambah jaringan kedua Indonesia.
Myanmar terus sugul dengan gol ke-3 Indonesia yang hadir 7 minit selepas itu menerusi Egy Maulana.
Bersambung babak kedua, Indonesia menambah jaringan ke-4 menerusi Rafli sekali lagi pada minit ke-59. Indonesia seakan-akan tidak mampu dibendung apabila menambah jaringan ke-5 menerusia Egy Maulana.
2 lagi gol Indonesia adalah menerusi Hanis Sagraha pada minit ke-73 dan 92.
Myanmar hanya mampu menjaringkan 1 gol sagu hati menerusi Kaung Khant pada menit ke-91.
Kekalahan Myanmar ini seakan-akan sukar diterima penyokong mereka yang sebelum ini menyaksikan skuad muda mereka beraksi di Piala Dunia Remaja.
Pasukan generasi kali ini nampak teruk dan tidak bermaya. Indonesia pula sekali lagi menewaskan Myanmar dalam peringkat bukan senior. Sebelum ini skuad B-23 Indonesia menewaskan Myanmar dalam perebutan pingat gangsa Sukan SEA.
Tahniah Garuda Muda! Berhasil!
Jom saksikan rangkuman perlawanan dengan suara pengulas sukan Indosiar yang sentiasa terbaik:
https://www.youtube.com/watch?v=ekkJhn3Jrm8