Pengendali Indonesia bawah 23 (B-23) iaitu Shin Tae-yong menegaskan kepada para pemainnya supaya tidak terbuai dengan kemenangan besar 9-0 mereka ketika mengatasi Taiwan bagi siri kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Sebaliknya, Shin mengingatkan kepada barisan pemainnya supaya memberi fokus penuh bagi aksi seterusnya yang bakal dihadapi mereka selepas ini iaitu Turkmenistan pda hari Selasa esok.
Klasemen sementara Grup K Kualifikasi Piala Asia U-23 2023.#KitaGaruda #GarudaMendunia pic.twitter.com/f8ECmPoFkU
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) September 10, 2023
Berdasarkan kedudukan semasa, Indonesia kini hanya memerlukan selangkah sahaja lagi untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia dengan aksi berdepan Turkmenistan menjadi penentu segalanya.
“Untuk aksi positif yang kita catat ketika bertemu Taiwan sememangnya layak untuk para pemain menerima pujian, tetapi untuk perlawanan seterusnya kita perlu beri fokus bagi mempersiapkan diri sebelum menentang Turkmenistan.
“Sehingga kini, kami terus memberi galakan positif buat para pemain yang kita mampu untuk mencatat kemenangan. Saya juga tegaskan kepada mereka supaya jangan sesekali hilang fokus.
“Sama ada bertemu lawan kuat atau tidak, mereka perlu mengetahui bola itu adalah bulat dan saya terus tegaskan kepada mereka pada sesi latihan untuk memberi fokus sepenuhnya ketika hari perlawanan,” jelas Shin menerusi laporan daripada CNN Indonesia.
Sebelum itu, Turkmenistan mencatat kemenangan 4-0 ketika menentang Taiwan dan pasukan tersebut mempunyai tempoh rehat lebih lama berbanding Indonesia dan dianggap sebagai kelebihan terbaik mereka.
Shin mengakui tentang kelebihan dimiliki Turkmenistan kini daripada segi tempoh masa rehat lebih lama, namun beliau yakin Indonesia dapat mencipta keputusan cemerlang pada aksi akan datang.
“Ya, Turkmenistan memiliki kelebihan daripada segi tempoh rehat serta pemulihan kepada para pemain mereka berbanding Indonesia kini.
“Apa tidaknya, mereka sudah pun beraksi pada 6 September lalu dan kini hanya menanti untuk hari perlawanan bertemu Indonesia pada 6 hari kemudian berbanding tempoh masa dimiliki kami untuk berehat serta pemulihan.
“Pandangan saya, perlawanan tersebut dilihat sebagai sesuati tidak mudah untuk dihadapi kami, tetapi mungkin kemenangan dapat dilakar berdepan mereka.
“Memang bola itu bulat, tetapi saya bersama staf kejurulatihan lain akan berusaha penuh supaya kami dapat menunjukkan corak permainan cantik bersama keputusan positif buat para penyokong setia Indonesia,” tambah Shin.
📸 Potret aksi Timnas U-23 Indonesia pada laga kontra China Taipei
Aksi apa yang paling berkesan bagi kamu, sobat Garuda? 👀#KitaGaruda #GarudaMendunia pic.twitter.com/EqmR3SBlfr
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) September 10, 2023
Untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024, Indonesia hanya memerlukan keputusan seri sahaja bagi aksi akan datang bertemu Turkmenistan serta dinobatkan selaku juara Kumpulan K.