Impian Kawin Thamsatchanan Beraksi Di Eropah Jadi Kenyataan

Impian penjaga gol no 1 Thailand, Kawin Thamsatchanan beraksi di eropah akhirnya jadi kenyataan apabila beliau menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan kelab divisyen 2 Belgium, Oud-Haverlee Leuven (OHL).

CEO OHL, Aiyawatt Srivaddhanaprabha berkata Muangthong United telah bersetuju untuk melepaskan penjaga gol itu kepada pasukan yang dimiliki oleh Kumpulan King Power.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Muangthong United kerana melepaskan Kawin kepada OHL,” kata Aiyawatt, wakil Kumpulan King Power yang juga pemilik Leicester City kepada Bangkok Post.

“Kami sudah lama mengikuti perkembangan Kawin dan kami yakin beliau cukup bagus untuk beraksi dengan OHL. Kami berhubung dengan Muangthong United dan telah mencapai beberapa persetujuan untuk membawa pemain itu ke Belgium.

“Kami akan bawa Kawin ke eropah pada akhir bulan ini ketika tarikh pintu perpindahan pemain akan ditutup.,” katanya.

https://twitter.com/TLeagueTransfer/status/951007761764040704

Oud-Heverlee Leuven FC kini beraksi dalam saingan liga divisyen 2 Belgium atau lebih dikenali sebagai ‘Belgian First Division B’.

Di negara Belgium, Belgian First Division A merupakan liga divisyen tertinggi yang dahulunya dikenali sebagai ‘Jupiler Pro League.’

Kelab yang berpangkalan di Leuven ini juga merupakan ‘affiliate club’ bersama Leicester City FC.

Dalam saingan ‘Belgian First Division B’, Oud-Heverlee Leuven FC sekarang berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke saingan play-off Europa League musim akan datang, apabila berada ditangga ke 3 keseluruhan 2017–18 Belgian First Division B, berbaki 7 perlawanan.

Penghijrahan Kawin juga menyaksikan SCG Muangthong United telah kehilangan 4 pemain utama mereka untuk menghadapi musim 2018 bermula dengan 3 tonggak mereka yang akan beraksi di Liga Jepun iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima), dan Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe).

Menurut Siamsport football TV, OH Leuven telah membayar €1.25m (RM59 Juta) kepada Muangthong United untuk mendapatkan khidmat penjaga gol tu.

Beliau mungkin tidak akan beraksi dengan Muangthong United dalam saingan kelayakan kedua AFC Champions League minggu depan bertemu dengan juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kawin bukanlah pemain Thailand pertama berhijrah ke Belgium kerana sudah ada pemain dari Thailand berkelana terlebih dahulu.

10 tahun lalu, pada 2008, penyerang tersohor Thailand ketika itu, Teeratep Winothai pernah menyertai kelab divisyen 1 Belgium, Lierse SK selama 2 musim sehingga tahun 2010 dari BEC Tero Sassana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN