Impak Thomas Muller Bawa Bayern Munich Ke Satu Tahap Lebih Tinggi

Thomas Muller

Impak yang diberikan oleh pemain Bayern Munich, Thomas Muller jelas sekali memberikan kesan begitu positif kepada kelab itu.

Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan yang Muller telah membawa kelabnya ke satu tahap yang lebih tinggi pada musim ini.

Menurut laman Daily Mail, penganalisis mereka iaitu Chris Sutton mengatakan yang Muller pastinya akan memberikan pengaruh yang cukup besar buat pasukannya dalam misi mereka memburu kejuaraan Eropah keenam.

Pada hemat Sutton, kelibat Muller dalam ketiga-tiga gol Bayern Munich ketika menang ke atas Olympique Lyonnais menjadi bukti betapa besarnya peranan beliau dalam pasukan.

“Larian beliau pada gol pertama memaksa Marcelo mengikutnya dan ini memberikan peluang kepada Serge Gnabry untuk bergerak bebas dan menjaringkan gol.”

“Begitu juga dengan gol kedua yang dimana gerakan beliau menyerang ke arah kawasan enam ela memaksa pertahanan untuk mengawal beliau. Keputusan beliau ini membolehkan Robert Lewandowski tidak dijaga untuk melakukan percubaan.”

Gerakan Muller untuk gol ketiga juga membolehkan Lewandowski menjaringkan gol kerana posisi beliau diantara dua pertahanan Lyon membolehkan pemain itu membuka ruang kepada penyerang itu.

Pada hemat Sutton, sumbangan Muller kepada pasukannya cukup besar. Beliau bukan sahaja membuka ruang kepada dirinya di atas padang tetapi untuk rakan sepasukannya juga.

Sutton juga berasakan dengan kehadiran ramai pemain yang mempunyai kualiti penyudah yang cukup baik dari kedua-dua pasukan, perlawanan ini pastinya tidak akan ketandusan gol.

Baik dari Neymar, Kylian Mbappe, Lewandowski mahupun Gnabry, pastinya gol akan tiba di perlawanan akhir ini.

Stadium mungkin sunyi tanpa kehadiran penonton, tetapi perlawanan ini tidak akan sepi dari jaringan.

Baca juga artikel kami mengenai Thomas Muller:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN