Impak Positif Kim Pan-gon Beri Keyakinan Kepada Penyokong Harimau Malaya

Kim Pan-gon

Era baharu bola sepak negara dibawah kendalian Kim Pan-gon seolah-olah memberikan nafas segar buat penyokong.

Pendekatan yang berbeza dan corak permainan yang dilihat berjaya membuatkan penyokong terhibur memberikan harapan sesuatu yang positif bakal tiba buat Harimau Malaya.

Dua perlawanan telah berlalu, Pan-gon dan pasukannya telah mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

Kemenangan hadir pada perlawanan sulungnya menentang Filipina sebelum kekalahan menjelma sewaktu bertemu Singapura.

Sokongan masih kuat untuk KPG

Tamat dua perlawanan, rata-rata penyokong skuad kebangsaan masih lagi menaruhkan harapan yang tinggi kepada Pan-gon untuk membawa kejayaan.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh kami, rata-rata pembaca Semuanya BOLA masih lagi teguh berdiri di belakang jurulatih dari Korea Selatan itu.

Rata-ratanya masih lagi berasakan Pan-gon adalah orang yang tepat untuk mengendalikan skuad negara.

Apa yang diperlukan adalah masa yang secukupnya untuk Pan-gon memberikan impak kepada skuad negara menjelang pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala AF 2022.

Dalam tinjauan yang kami lakukan di Twitter, Telegram dan kumpulan Facebook Semuanya BOLA, lebih 80% undian mendapati penyokong Harimau Malaya berasakan perubahan positif akan terus hadir dalam skuad negara.

Hasil undian yang dilakukan oleh pembaca Semuanya BOLA mengenai impak Kim Pan-gon kepada skuad negara.

Malah, ada yang memuji kualiti permainan skuad kebangsaan menjadi semakin baik selepas jurulatih baharu tiba.

“Corak permainan sudah ada peningkatan, semoga terus meningkat dari masa ke masa,” kata Ammar Husainy.

“Nampak perubahan ketara dalam pasukan bimbingan KPG, beri beliau setahun dua untuk angkat martabat Harimau Malaya,” ujar Reha Kadriye.

Namun begitu, ada juga penyokong yang bimbang kerana takutkan semua ini sementara sahaja dan selepas itu prestasi Harimau Malaya akan merudum kembali.

“Memang positif, cuma takut jangan ‘false positive’,” kata pemilik akaun bernama Kimi di Telegram.

Tinjauan mendapati yang impak diberikan oleh Pan-gon setakat ini cukup baik buat pasukan. Tetapi pada mereka, jurulatih sudah tepat, tinggal pemain yang menyarung jersi negara pula perlu dibaiki.

Setakat ini, Pan-gon menunjukkan kredibilitinya yang baik sebagai jurulatih dengan meletakkan sasaran yang tinggi untuk skuad negara.

Beliau mahu memastikan skuad negara layak ke Piala Asia 2023 sambil mahu membawa Malaysia ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN