“Saya Letak 7/10” – Azraai Khor Beri Markah Positif Untuk Skuad Kendalian Kim Pan-gon

Walaupun baru dua perlawanan yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon selaku jurulatih baharu Harimau Malaya, nyata beberapa perkara positif sudah dapat dilihat dalam skuad tersebut menerusi corak permainan serta pemilihan para pemain yang dilihat tepat.

Menurut Azraai Khor selaku pengendali berpengalaman negara, beliau melihat aksi yang ditampilkan skuad negara kini mempunyai perubahan yang lebih menyakinkan selepas menilai dua aksi persahabatan di Singapura itu sambil menyifatkan Pan-gon menjadikan taktikal Malaysia bertambah menarik untuk ditonton.

“Cukup setakat dua perlawanan pertama ini, kita tengok pun selesa dan seronok juga. Ada tanda positif daripada segi sikap terhadap permainan, persiapan dan kita nampak memang ada kemajuan.

“Seperti perlawanan kelmarin (lawan Singapura), kita kalah tetapi ada kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan pemain kita. Jadi, perkara ini sesuatu yang positif untuk skuad kebangsaan.

“(Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua kalah) Perkara ini memang berlaku, contohnya semalam (kelmarin), kita ada peluang depan gol tetapi tidak dimanfaatkan manakala Singapura pula menggunakan peluang yang mereka ada.

“Secara keseluruhan, ada perubahan dari segi corak permainan khususnya dari segi ‘urgency’ dan kesungguhan pemain. Kalau tanya saya berapa rating yang boleh diberikan, saya letak 7/10,” katanya kepada BH Sukan.

Untuk musim ini, Pan-gon memulakan era baharu Harimau Malaya dengan mencatat keputusan positif apabila merekodkan kemenangan pertama menentang skuad Filipina pada hari Rabu lalu dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional.

Rekod kemenangan itu juga menjadikan Pan-gon sebagai jurulatih pertama sejak 18 tahun lalu yang membawa kemenangan dalam aksi pertama setelah sebelum itu kebanyakan jurulatih negara gagal merekodkan kemenangan sulung dalam perlawanan awal bersama Harimau Malaya.

Walaupun bermula dengan langkah kanan pada aksi persahabatan itu, nyata Pan-gon gagal memberi momentum kemenangan buat skuad negara ketika berdepan Singapura meskipun beraksi dengan cemerlang.

Skuad kebangsaan mencatat kekalahan sulung tahun ini pada tuan rumah, Singapura setelah dua gol berjaya dihasilkan oleh penyerang sensasi mereka iaitu Ikhsan Fandi dalam aksi kelmarin.

Dalam masa sama, Azraai menuntut agar Pan-gon mampu memberi lebih banyak ilmunya kepada para pemain sambil berharap lebih banyak aksi menarik dipamerkan selepas ini setelah mampu membawa Malaysia kembali di landasan sebenar biarpun hanya sempat melatih para pemain dalam tempoh yang singkat.

“Ada sebilangan pemain yang agak menyerlah seperti Akhyar Rashid, Safiq Rahim. Kita pun nampak kesungguhan Dion Cools (turun naik) atas bawah.

“Tetapi kita pun mahu lihat penyudah yang lebih tajam dan lebih kental. Cuma apa yang saya bimbang adalah mengenai kecederaan Syafiq Ahmad kerana selepas kemasukan Sumareh, dia tidak dapat lakukan apa yang Syafiq lakukan di atas padang.

“Saya berpendapat Pan Gon pun pasti menyedari perkara ini dan sudah tentu dia pun ada perancangan tersendiri,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN