Impak Perlawanan Pada Pertengahan Minggu (Mid-Week) & Kesannya Ke Atas Keputusan Perlawanan

Penjadualan Liga Malaysia pada musim 2017 ini sering mendapat kritikan daripada pemerhati bola sepak tempatan. Alasan yang biasa diberi oleh badan penganjur ialah kesuntukan masa kerana memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan sebagainya.

Untuk saingan domestik, kita telah menyaksikan FMLLP mengadakan perlawanan sebanyak 2 perlawanan dalam tempoh seminggu. Namun ia tidak diadakan secara menyeluruh.

Kami kupaskan kepada anda satu kajian mengenai impak pelawanan 2 kali seminggu, kewajarannya dan cadangan berdasarkan suasana saingan bola sepak di Malaysia.

Wajarkah beraksi 2 kali seminggu?

Sudah menjadi kelaziman di dalam sukan bola sepak atau sukan-sukan yang lain terutamanya dalam pertandingan berbentuk liga, perlawanan akan dilangsungkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Meskipun tidak diadakan 2 perlawanan pada setiap minggu dalam tempoh sebulan, kesan ke atas tempo permainan dan pasukan sedikit sebanyak tetap dirasakan.

Liga Super
Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

Ramai beranggapan bahawa status sebagai skuad tuan rumah dan beraksi pada hujung minggu mampu mencatatkan keputusan yang positif berbanding bermain di tempat lawan dan beraksi pada pertengahan minggu (mid-week).

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?

Impak negatif perlawanan pertengahan minggu (mid-week)

Keputusan yang positif tidak semestinya memihak kepada pasukan tuan rumah terutamanya ketika beraksi di mid-week.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Alex Krumer dan Michael Lechner (2016), hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa prestasi pasukan sedikit merudum ketika beraksi di mid-week berbanding beraksi pada hujung minggu.

(Photo by Mathias Renner/City-Press via Getty Images)

Kajian yang melibatkan skala data yang besar merangkumi sejumlah 1,908 perlawanan Bundesliga dari musim 2007/2008 sehingga musim  2015/2016.

Hasil dapatan kajian ini membuktikan kelebihan beraksi di halaman sendiri tidak menjadi faktor utama untuk melakar kemenangan ketika beraksi dalam perlawanan yang berlangsung pada mid-week.

Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Malah dapatan kajian menunjukkan bahawa pasukan yang bermain kurang perlawanan sebagai tuan rumah di mid-week, hanya akan memiliki sedikit kelebihan berbanding pasukan yang kerap turun sebagai tuan rumah di mid-week.

Ini dibuktikan melalui purata mata yang berjaya dikutip oleh pasukan tuan rumah apabila  merekodkan sebanyak 1.60 mata pada hujung minggu berbanding hanya 1.38 mata pada mid-week. 

Faktor penyebab

Apakah faktor utama penyumbang kepada implikasi beraksi di mid-week sehingga meletakkan beberapa pasukan dalam situasi yang tertekan untuk merekodkan keputusan positif?

Antara alasan yang mungkin menyokong teori ini adalah berpandukan contoh seperti dagangan di stock exchange yang merekodkan kesan positif pada dagangan hari Jumaat berbanding pada hari Isnin (Gibsons & Hess, 1981).

(Photo credit should read SASCHA SCHUERMANN/AFP/Getty Images)

Ini memungkinkan faktor behavioural pemain dan penyokong seperti mood, optimism, dan kegembiraan (Vagenas-Nanos et al., 2014) yang sedikit menjejaskan tumpuan sesebuah pasukan untuk meraih keputusan positif.

Sepertimana faktor monday blues yang signifikan dalam dunia pekerjaan; sukan bola sepak turut tidak terkecuali.

Penstrukturan jadual

Justeru pengelola pertandingan bola sepak baik tempatan mahupun luar negara harus memberikan penekanan akan penstrukturan jadual perlawanan, agar jumlah atau nisbah perlawanan mid-week dibahagikan secara adil dan saksama kepada setiap pasukan yang bertanding.

Ini adalah kerana hasil dari dapatan kajian ini menunjukkan rata-rata pasukan gagal mengutip mata penuh ketika beraksi di mid-week lebih-lebih lagi jika diletakkan sebagai pasukan pelawat.

(Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images )

Kelebihan beraksi di laman sendiri juga haruslah dibahagikan sama rata dengan tidaklah meletakkan sesebuah pasukan sebagai pasukan tuan rumah tetapi kekerapan perlawanan adalah dilangsungkan  pada mid-week.

Kekalahan demi kekalahan sehingga mengurangkan kutipan mata bukan sahaja mengganggu motivasi dan momentum pemain, malah ia bakal mengundang kepada risiko daripada tersingkir ke liga bawahan.

(Photo by Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images)

Sebagai contoh impak, mana-mana pasukan yang pernah beraksi di liga utama yang tersingkir ke liga bawahan, pasukan itu bakal kehilangan pendapatan sehingga 10 juta Euros setahun.

Berdasarkan impak sebegini besar, ia seakan merugikan pasukan terutama kepada pasukan kerdil yang sangat bergantung kepada pendapatan seperti hak penyiaran dan jualan tiket, di mana nisbah jumlah keuntungan dan pendapatan ini adalah sangat berbeza di antara liga utama dan liga bawahan.

‘Mid-Week’ match: Bilakah paling sesuai diadakan?

Jika anda perhatikan di eropah, perlawanan-perlawanan yang membabitkan pertandingan kalah mati sering diadakan pada pertengahan minggu.

Di England misalnya, Piala Carabao dan juga Piala FA sering diadakan pada hari Selasa atau pun Rabu. Begitu juga dengan perlawanan UEFA Champions League (UCL) dan juga perlawanan UEFA Europa League (UEL) yang sering mengambil tempat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/WBA FC via Getty Images)

Ini adalah bagi memberi keutamaan kepada perlawanan liga untuk diadakan pada hujung minggu. Bagaimanapun penganjuran perlawanan membabitkan perebutan piala secara kalah mati tetap dibolehkan pada hujung minggu.

Namun ianya hanya mengambil tempat untuk perlawanan-perlawanan tertentu sahaja, seperti peringkat separuh akhir dan juga perlawanan akhir.

(Photo by Matthew Lewis – UEFA/UEFA via Getty Images)

Perkara terpenting dalam menyusun atur jadual perlawanan ialah pengaturan yang sistematik dan memerlukan perancangan yang teliti.

Jika ianya mampu dilakukan di persekitaran bola sepak yang lebih maju, mengapa tidak di Malaysia?

Rumusan: Impak di Liga Malaysia

Kesimpulannya, perlawanan mid-week adalah normal dan signifikan dalam mana-mana pertandingan liga di seluruh dunia.

Ini disebabkan akan beberapa faktor seperti cuaca, international break, perkongsian fasiliti dan stadium yang membataskan penjadualan liga.

Namun, satu kajian khas melibatkan kesemua pasukan yang bertanding dalam liga tempatan perlu dilakukan untuk melihat impak penjadualan Liga Malaysia ke atas prestasi pasukan-pasukan yang berstatus sederhana, samada terkesan atau tidak dengan fenomena mid-week ini.

Bukan itu sahaja. Penjadualan semula perlawanan perlu dilihat dari perspektif berbeza dan perlu dinilai kesan baik buruknya kepada kedua-dua pasukan dalam mewujudkan satu ekosistem permainan yang berkualiti di Malaysia.

Sudah pasti untuk Liga Malaysia musim 2018, kita mengharapkan penstrukturan jadual perlawanan yang lebih baik daripada badan penganjur.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN