Imbuhan Piala Asia, Skuad Kebangsaan Bakal Raih RM880,000 Untuk Persediaan Rapi

Kejayaan skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Asia 2023 telah menyaksikan mereka dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini menerima wang imbuhan sebanyak RM880,000 (AS$200,000).

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Seri Windsor Paul selaku Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), apabila beliau memaklumkan mana-mana negara yang melayakkan diri ke Piala Asia bakal dijanjikan dengan imbuhan tersebut untuk memudahkan persiapan mereka sebelum kejohanan berlangsung.

“Betul, setiap pasukan yang mengesahkan tiket ke Piala Asia akan mendapat imbuhan,” kata beliau ketika telah dihubungi oleh Harian Metro.

Nyata pemberian imbuhan tersebut dilihat bakal menyemarakkan lagi motivasi para pemain selain memberi peluang buat FAM untuk membuat persediaan secara teliti sebelum saingan Piala Asia bermula tahun hadapan.

Selain pemberian imbuhan itu, skuad kebangsaan juga berpeluang untuk meraih wang kemenangan lebih berharga jika mereka mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Asia.

Harimau Malaya berpeluang untuk meraih wang sebanyak RM4.4 juta (AS$1 juta) sekiranya mereka mampu melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir dimana empat pasukan terbaik bakal memperoleh keuntungan tersebut.

Untuk juara Piala Asia pula, mereka bakal memperoleh habuan sebanyak RM22 juta  (AS$ 5juta) dan naib juara pula mendapat sebanyak RM13.2 juta (AS$3 juta).

Untuk rekod juara Piala Asia 2019 lalu iaitu Qatar telah menerima nilai yang sama ketika beraksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila negara tersebut memperoleh kejuaraan pertama dalam saingan tersebut setelah menyingkirkan skuad pilihan, Jepun.

Hal pemberian imbuhan ini pernah dibangkitkan sebelum itu oleh Datuk Seri Ismail Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia apabila beliau dikatakan bakal berbincang dengan semua pihak terlibat untuk memberikan ganjaran tersebut kepada skuad kebangsaan dan pasukan hoki negara.

Malaysia yang tampil cemerlang dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E berjaya mengejutkan banyak pihak apabila beraksi dengan begitu positif dalam tiga perlawanan dihadapi anak buah Kim Pan-gon.

Kali terakhir Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia secara merit ialah pada tahun 1980 di Kuwait, dan kini rekod tersebut berjaya diulangi kembali oleh barisan baharu Harimau Malaya setelah 42 tahun berlalu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN