‘Dipinggirkan Dari Bola Sepak’ – Ozil Bakal Ceburi Bidang Baru

Mesut Ozil jelas sekali akan terus dikenang sebagai antara pemain midfield paling berbakat dalam dunia bola sepak, pada abad ke-21 ini.

Ketika kemuncak kariernya, pemain kebangsaan Jerman itu berjaya memperkotak-katikkan barisan pertahanan lawan dengan kualiti hantaran beliau yang dasyat.

Beliau merupakan pemain yang mampu melakukan hantaran yang langsung tak boleh diterima dek akal normal manusia.

Beliau kerap menyumbang gol dengan teknik yang dasyat dan harus diakui sukar sebenarnya untuk peminat menemui pemain yang memiliki vision dan kualiti hantaran sehebat Ozil.

Selepas membuktikan yang beliau merupakan antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak ketika kariernya di Santiago Bernabeu, Ozil telah berjaya menarik minat pelbagai kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Beliau ketika itu membantu Real Madrid untuk menjadi kuasa besar dalam dunia bola sepak, dengan beliau turut berjaya menjadi pemain paling banyak mencatatkan assists selama tiga tahun berturut-turut.

Melihat kepada kemampuan beliau, Arsenal dengan segera menyatakan persetujuan mereka untuk mendapatkan pemain midfield itu pada tahun 2013 yang lalu.

Ozil juga turut berjaya mencuri perhatian penyokong Arsenal yang begitu teruja melihat kualiti hantaran yang beliau miliki.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad Jerman itu berjaya membantu Arsenal memenangi tiga gelaran FA Cup dan satu gelaran Community Shield.

Beliau juga turut cemerlang membantu Arsenal untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan League Cup dan Europa League sepanjang kariernya di Emirates.

Kisah indah beliau di Emirates berakhir dengan agak mengecewakan pada tahun 2021 yang lalu, dengan beliau disingkirkan oleh kelab selepas menandatangani lanjutan kontrak mega.

Beliau kerap diketepikan oleh Mikel Arteta dan ketika musim terakhirnya, nama beliau bahkan turut digugurkan dari skuad utama Arsenal.

Mesut Ozil kemudiannya memutuskan untuk menyertai Fenerbahce pada tahun yang sama dan di situlah beliau berjaya untuk kembali mendapatkan minit permainan.

Walau bagaimanapun juga, karier beliau di Turki itu juga sepertinya berakhir dengan cara yang hampir sama seperti apa yang beliau lalui di Emirates.

Walau karier awalnya bersama Fenerbahce bermula dengan sangat baik, namun Ozil dengan tiba-tiba telah digugurkan dari skuad utama oleh pengurus interim kelab, Jorge Jesus.

Tindakan Jorge Jesus itu secara tak langsung telah meletakkan karier pemain berusia 33 tahun itu dalam kedudukan yang sangat huru-hara.

Ejen kepada Mesut Ozil, Dr Erkut Sogut telah mendedahkan kepada The Telegraph yang anak buahnya itu mungkin akan memilih jalan yang berbeza dalam kariernya selepas ini.

“Dia selepas ini akan lebih melibatkan diri dengan eSports, bermain sendiri dan mungkin menjadi atlet eSports.”

Jelas Sogut ketika memulakan perbicaraannya tentang perancangan karier Mesut Ozil.

“Sejujurnya dia sangat bagus, dia hebat bermain fortnite dan saya rasa saya tak akan terkejut andai satu hari nanti dia akan bertanding.”

“Dia ada pasukan sendiri, M10 Esports, dan dia juga ada pemain sendiri. Dia ada rumah khas untuk bermain game di Jerman. Dia bermain bola sepak seperti FIFA dan Fortnite.”

Tidak ada sesiapa menjangkakan yang pada tahun 2022, Mesut Ozil, pemain yang pernah memenangi Piala Dunia dan dianggap sebagai antara pemain midfield terhebat sepanjang zaman akan diketepikan begitu saja dari kelab kerdil di Turki.

Lebih mengejutkan lagi, dek kerana hal itu juga, beliau terpaksa melupakan karier bola sepaknya dan memulakan kehidupan baru sebagai gamers profesional.

Namun memandangkan beliau sendiri sememangnya sangat berminat dengan sukan eSports, maka tidak hairanlah mengapa Ozil memilih untuk mengubah haluan kariernya.

Beliau sudah mula memiliki pasukan eSports sendiri sejak 2018 lagi dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Ozil sudah bersedia untuk menceburi bidang lain selepas tamat kariernya dalam dunia bola sepak.

Satu hal yang pasti, Ozil mengakhiri karier bola sepaknya dengan cara yang tak sepatutnya beliau terima.

Sejarah pahit bersama Arsenal dan Fenerbahce jelas sekali bakal menjadi antara hal yang tak mahu Ozil kenang sepanjang kariernya.

Agak menyedihkan juga untuk melihat pemain berbakat seperti Ozil, yang sebenarnya masih boleh bermain, tetapi dipinggirkan seperti itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN