Buat masa ini masa depan Chelsea masih menjadi tanda tanya. Terkini, pemiliknya Roman Abramovich telah mengesahkan beliau akan menjual kelab itu selepas 19 tahun pemilikan.
Jutawan minyak Rusia itu membeli Chelsea pada 2003. Namun selepas pencerobohan tentera Rusia di Ukraine segalanya tidak sama lagi buat Chelsea dan Abramovich – selepas penglibatan dan hubungan beliau dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin turut mendapat perhatian di parlimen Britain.
Usaha Abramovich untuk melakukan pengalihan kuasa kepada Yayasan Chelsea juga dilihat terbantut selepas individu yang berada di dalam yayasan tersebut turut enggan berkompromi – bermakna penjualan adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan beliau terus kehilangan segala aset dimilikinya di UK.
“Bernilai RM8.8 Billion” – Ini Sebab Mengapa Abramovich Kini Terdesak Mahu Jual Chelseahttps://t.co/Qff4i8UaeC
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 2, 2022
Chesea dinilai pada harga USD2.1 billion. Namun Abramovich dilaporkan mahu menjual Chelsea dengan harga USD4 juta (£3 billion).
Dan setakat ini beberapa pihak dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemilikan kelab London yang muncul juara dunia dan eropah pada musim lalu itu.
Tidak terkecuali adalah bintang UFC, Conor McGregor.
Mengapa McGregor mahu beli Chelsea?
Atlet MMA dari Ireland secara rasmi mengumumkan minat untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris itu. Sama ada ia adalah satu bentuk ‘sembang kosong’ atau jika McGregor benar-benar serius, sukar untuk kita menilainya kerana segalanya berkemungkinan di peringkat ini.
“Saya berminat untuk menilai kemungkinan ini,” ujar beliau di Twitter. Turut dimuat naik bersama kenyataan tersebut adalah tangkap layar Chelsea kini dijual pada harga £3 billion.
I wish to explore this. @ChelseaFC pic.twitter.com/ABEjjCqhD7
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) March 2, 2022
Ia bukan perkara menghairankan mengapa Chelsea telah menarik minat McGregor. Ini kerana McGregor sememangnya mempunyai minat yang mendalam di dalam sukan bola sepak, walaupun beliau sebenarnya adalah seorang penyokong Manchester United!
Malah dua tahun lalu selepas mengumumkan persaraan, Conor McGregor bersama salah seorang rakan kongsi beliau di Dublin, telah merancang untuk membentuk sebuah kelab bola sepak amatur di Dublin.
Persoalannya, adakah Mcgregor benar-benar mampu dari segi kewangan untuk mendapatkan Chelsea?
Mampukah McGregor beli Chelsea?
McGregor pernah disenaraikan sebagai antara atlet paling kaya oleh Forbes pada 2021. Namun demikian, nilai kekayaan McGregor masih jauh daripada nilai £3 billion untuk mendapatkan Chelsea.
Swiss billionaire Hansjorg Wyss claims he has been offered the chance to buy Chelsea, as parliament hears that Roman Abramovich is hastily selling his UK properties.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 2, 2022
Oleh itu sekiranya benar-benar berminat, McGregor boleh bekerjasama dengan beberapa pihak lain untuk membentuk sebuah konsortium sebelum meneruskan pembelian Chelsea.
Sehingga kini tidak kurang daripada lapan nama telah dikaitkan dengan pemilikan Chelsea termasuk McGregor. Antaranya jutawan Switzerland, Hansjorg Wyss; ahli perniagaan Britain, Sir Jim Ratcliffe; dan jutawan Amerika Syarikat, Todd Boehly.