“Rakan Penerbangan Liga-M” – Malaysia Airlines Terus Lebarkan Sayap Dalam Industri Bola Sepak Negara

Malaysia Airlines terus melebarkan sayap dalam industri bola sepak negara apabila diumumkan sebagai rakan penerbangan Liga Malaysia (Liga-M) untuk musim 2022.

Penglibatan Malaysia Airlines di dalam industri bola sepak negara sebenarnya bukan baharu. Sebelum ini syarikat penerbangan terbesar negara itu turut bekerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai rakan penerbangan rasmi skuad Harimau Malaya sejak beberapa tahun lalu.

Musim ini Malaysia Airlines lebih agresif dalam memastikan penglibatan mereka merancakkan industri bola sepak negara.

Selepas mengumumkan kerjasama bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut, JDT beberapa minggu yang lalu, Malaysia Airlines kini tampil pula menjalin kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL) untuk menjadi antara penaja saingan Liga-M.

 “Perkongsian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan Malaysia Airlines Berhad melambangkan dua jenama – syarikat penerbangan kebangsaan dan persatuan bola sepak terbesar negara – bersatu untuk meningkatkan taraf dunia bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan agenda negara.

Kami berbesar hati mengalu-alukan syarikat penerbangan kebangsaan kami ke Liga Malaysia. Dengan musim baharu dan perlawanan yang dijadualkan sepanjang tahun ini, ahli persaudaraan bola sepak Malaysia dan peminat yang ingin mengembara ke seluruh negara boleh mengambil kesempatan daripada peningkatan frekuensi Malaysia Airlines, terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Penumpang juga boleh menikmati penerbangan Malaysia Airlines yang mempunyai rekod keselamatan cemerlang selaras dengan kempen Fly Confidently, untuk menonton pasukan kegemaran mereka dari dekat. Ini akan memberi banyak rangsangan kepada persaudaraan bola sepak dan kelab selepas pembatalan beberapa perlawanan pramusim tahun ini, disebabkan isu berkaitan COVID-19.” – Stuart Ramalingam, CEO MFL

Kerjasama ini menandakan komitmen Malaysia Airlines untuk mewujudkan rasa identiti nasional kolektif dan perpaduan melalui sukan nombor satu negara itu.

Melalui satu kenyataan semalam, MFL berkata Malaysia Airlines akan menyediakan perjalanan yang selamat dan lancar untuk MFL, bagi menyokong aktivitinya, termasuk persidangan tempatan dan antarabangsa, klinik bola sepak, dan pertandingan profesional di bawah pengelolaannya.

Lanjutan daripada komitmennya sebagai rakan penerbangan rasmi untuk MFL – Kumpulan Penerbangan Malaysia itu turut akan memanfaatkan rangkaian organisasi meluas mereka menerusi pelaksanaan kempen, penjenamaan serta acara bersama dengan Firefly, MASwings, MHholidays dan Enrich.

“Saya pasti bahawa hubungan simbiotik antara Malaysia Airlines dan MFL ini akan memberi manfaat kepada peminat bola sepak di seluruh negara – menyatukan peminat dengan pasukan kegemaran mereka, terutamanya penyokong dari Malaysia Timur, yang kini boleh menikmati lebih banyak perlawanan yang diadakan di Semenanjung, dan sebaliknya melalui sambungan lancar kami dan peningkatan kekerapan penerbangan.” – Kapten Izham CEO Kumpulan MAG

MoU di antara kedua-dua pihak ditandatangani oleh Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, dan Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB. Turut hadir pada majlis itu ialah Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden MFL, dan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, yang menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN