Ikut Jejak Beckham, Jamie Vardy Kini Pemilik Bersama Kelab Amerika Syarikat

Jamie Vardy Rochester Rhinos AS David Beckham
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Vardy kini merupakan pemilik bersama pasukan bola sepak berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Rochester Rhinos selepas menyelesaikan pembelian saham kelab tersebut.

Kelab tersebut telah ‘hilang dari radar’ selama empat tahun ekoran masalah kewangan, tetapi menyasarkan untuk kembali beraksi bermula 2022.

The Rhinos juga pernah mencapai kegemilangan dengan mengumpul empat kejuaraan di peringkat kebangsaan dan membuat kejutan menjadi satu-satunya pasukan bukan MLS yang pernah menjuarai Piala Terbuka AS pada tahun 1999.

“Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada Rhinos. Saya memang dah lama mencari peluang untuk berada sebentar di AS, dan ada sesuatu mengenai Rochester yang saya suka,” ujar Vardy dalam sebuah berita yang dilaporkan ESPN.

“Saya sukakan sejarah kelab ini yang pernah memenangi Piala Terbuka AS dan mereka sedang berdepan dengan tahun-tahun sukar kebelakangan ini, dan ia menjadikan ia lebih menarik bagi saya untuk membantu mereka.”

Vardy akan bekerjasama dengan pemilik bersama lain, David dan Wendy Dworkin, yang juga menrupakan pemilik kelab NBA Sacramento Kings.

“Sejak kali pertama bercakap dengan David dan Wendy, kami terus berhubung dan banyak berbincang menerusi panggilan video. Saya dapat lihat sendiri betapa bersungguhnya mereka meneruskan kelangsungan The Rhinos,” tambah Vardy lagi.

“Di situlah datangnya keinginan saya untuk terlibat dan memainkan peranan dalam memulihkan semula keadaan di kelab ini. Saya tahu ia tidak mudah, tetapi dalam hidup saya, belum pernah lagi saya lakukan apa-apa dengan cara mudah.”

Perjalanan karier Vardy boleh dianggap sesuatu yang luar biasa bermula dari kelab bukan liga Fleetwood Town sehingga menjuarai EPL bersama Leicester City pada 2016. Beliau juga mempunyai 26 kaps bersama skuad kebangsaan England.

Sungguhpun usianya telah mencecah 34 tahun, beliau masih meruapakan salah seorang penyerang terbaik di England. Tahun lalu beliau muncul pemenang Kasut Emas EPL paling tua dalam sejarah selepas menamatkan musim dengan 23 gol.

Musim ini juga beliau masih berbisa dengan 17 gol dalam semua pertandingan.

Mengenai ketiadaan namanya bersama skuad Three Lions di kejohanan Euro 2020. beliau secara peribadi telah bercakap dengan Gareth Southgate supaya membawa penyerang muda lain yang lebih muda melainkan pasukan itu berdepan dengan krisis kecederaan.

Rochester Rhinos juga akan melantik bekas pengurus projek Akademi V9 milik Vardy, Lee Tucker sebagai pengarah sukan dan sedang mencari calon terbaik untuk mengisi jawatan ketua jurulatih.

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jamie Vardy:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN