Jamie Vardy Lancar ‘V9 Academy’, Bantu Pemain Semi-Pro Dapatkan Latihan Bertaraf Premier League

Selepas mencipta nama sebagai juara dan antara penyerang paling tajam dalam Premier League musim 2015/2016, Jamie Vardy berpendapat ramai pemain semi-pro boleh berjaya di Premier League sepertinya.

Vardy, 29, bermula dari peringkat semi-pro sendiri bersama Stocksbridge Park Steels di liga divisyen ke-7 England sebelum berpindah ke Leicester City yang bersaing dalam liga divisyen ke-2 pada musim 2012/2013.

Ketika zaman semi-pro beliau 6 tahun lepas, Vardy terpaksa bekerja di kilang industri berat dalam syif-12 jam. Ini kerana Stocksbridge Park Steels hanya mampu membayar £30 seminggu kepada beliau.

Untuk merealisasikan impiannya melihat lebih ramai pemain semi-pro berjaya di Premier League, Vardy menubuhkan V9 Academy – sebuah akademi khas untuk pemain semi-pro untuk mendapat latihan bertaraf Premier League.

Dalam akademi ini juga, peserta V9 Academy akan diperhatikan oleh penijau bakat dari kelab-kelab atasan England yang mahu mencari ‘the next Jamie Vardy’.

Siapa yang layak menyertainya?

Untuk menyertai V9 Academy, pemain perlulah bermain secara kerap dalam liga divisyen ke-5 hinggalah liga divisyen ke-9 England.

PYRAMID-V11

Peserta perlu perlulah berumur antara 17-33 tahun.

Bagaimana program akademi dijalankan?

Pemilihan pemain dan program akademi akan dilakukan di Kompleks Latihan Manchester City.

Hanya 42 pemain semi-pro akan dipilih masuk. 42 pemain ini kemudiannya akan dibahagikan kepada 3 pasukan yang mengandungi 14 pemain setiap satu.

Program akademi akan berjalan selama 5 hari selepas musim Premier League tamat pada setiap tahun.

Sepanjang program akademi berjalan, pemain-pemain yang terpilih akan menerima latihan standard Premier League dan akan diperhatikan oleh peninjau bakat dari kelab seluruh England.

Antara kelab yang sudah mengesahkan kehadiran staf peninjau bakat mereka sepanajng 5 hari tersebut adalah:

  • Leicester City FC
  • Manchester City FC
  • Liverpool FC
  • Sunderland FC
  • New York City FC
  • Fulham FC
  • Fleetwood Town
  • Huddersfield FC
  • Brentford FC
  • Melbourne City FC

Pemain-pemain yang tak terpilih pula tidak akan rugi apa-apa kerana mereka sudah menerima latihan berkualiti Premier League di V9 Academy.

Mahu cari late bloomer

Bagi Jamie Vardy, penubuhan akademi ini bakal membantu pemain-pemain semi-pro untuk mendapat peluang kedua dan akses latihan berkualiti tinggi:

“Semasa saya dilepaskan oleh akademi Sheffield Wednesday, saya diberitahu yang saya terlalu kecil dan fizikal saya tak cukup bersedia lagi.”

“Bagi saya, tiada pemain berumur 15-16 tahun yang layak diberitahu: anda tak cukup bagus. Pemain muda sebegini mempunyai banyak lagi masa untuk berkembang.”

“Sebab itulah saya menubuhkan akademi ini. Harap-harapnya kita dapat cari pemain-pemain sebegini. Saya dah melakukannya. Sekarang saya mahu tengok orang lain pula yang melakukannya.”

Vardy turut tidak boleh melupakan zaman semi-pro beliau:

“Siapa boleh lupa zaman semi-pro mereka?”

“Kenangan salin baju di tandas, satu pasukan berebut satu bilik mandi. Lepas 10 minit, blik mandi jadi sejuk sangat!”

“Oleh itu, adalah penting untuk anda menjadi orang pertama yang masuk ke bilik mandi.”

Baca juga: Hollywood Akan Buat Filem Tentang Jamie Vardy, Watak Dilakonkan Oleh Vinnie Jones

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN