Mikel Arteta memutarkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ untuk didengari oleh para pemainnya dalam usaha mereka untuk bersedia membuat kunjungan ke Anfield.
Hal itu mengingatkan peminat terhadap usaha yang dilakukan oleh Park Han-seo yang memutarkan lagu Ultras Malaya untuk didengari oleh anak-anak buahnya sebelum aksi bertemu Malaysia.
Bermain bertemu Liverpool bukanlah satu hal yang mudah untuk mana-mana pasukan terutama jika perlawanan itu dilangsungkan di Anfield.
Mikel Arteta made his Arsenal players train with You'll Never Walk Alone playing in background to prepare for Liverpool fixturehttps://t.co/ehWN7oJBWK
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 2, 2022
Bahkan jika bermain di luar sekalipun, aura para penyokong mereka sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan dan sedikit sebanyak tetap mampu mengganggu konsentrasi pemain lawan.
Lihat sahaja bagaimana cara penyokong Liverpool menaikkan semangat pemain mereka ketika aksi bertemu Man City di Wembley baru-baru ini, hingga menjejaskan tumpuan para pemain The Citizens.
Berbeza kalau bermain di Anfield, para pemain dan penyokong pasukan lawan akan menganggap ia sebagai neraka bola sepak kerana aura dan atmosphere di sana sungguh dasyat.
Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal, Arsene Wenger sendiri turut menganggap yang Anfield sebagai gelanggang paling digeruni dan itu adalah alasan mengapa mereka sangat kental di pentas saingan Champions League.
EXCLUSIVE CLIP
The atmosphere at Anfield can be intense 🔥So Mikel Arteta prepares his players by blasting out You’ll Never Walk Alone during training 🎶 #AONArsenal pic.twitter.com/CjBQ3Lsn3T
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) August 2, 2022
Arteta putar lagu Liverpool
Musim lalu, Arteta cuba untuk membiasakan pemain beliau dengan suasana di Anfield, dan beliau memutuskan untuk memutarkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ di padang latihan.
Beliau memutarkan lagu itu dengan menggunakan pembesar suara dan jelas sekali tujuan beliau adalah untuk memastikan pemainnya membiasakan diri dengan bunyi tersebut.
Pemain right back Arsenal, Cedric Soares baru-baru ini ada mendedahkan tentang taktik tersebut dan terbaru, Amazon Prime Video turut memberi gambaran tentang video terbaru All or Nothing berkait skuad Arsenal.
Arteta dikatakan telah memastikan supaya pembantu beliau tahu tentang perancangannya itu dan mereka memutarkan lagu itu dengan sangat kuat.
He played You'll Never Walk Alone while his players trained#LFC https://t.co/SmK6IbsQYO
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 2, 2022
Walau bagaimanapun, usaha Mikel Arteta itu berakhir dengan kegagalan kerana skuad Arsenal tetap gagal untuk menyerap tekanan bermain di Anfield.
Arsenal mencatatkan kekalahan 4-0 bertemu Liverpool dan jelas sekali suara dari speaker yang Arteta gunakan itu tak mampu tandingi suara sebenar penyokong Liverpool di Anfield.
Walau bagaimanapun, usaha beliau itu tetap harus di puji kerana ia adalah cara yang sangat unik dan membuktikan beliau mahu pemainnya bersedia dari segala segi untuk menghadapi sesebuah perlawanan itu.
Park Han-seo putar lagu Ultras Malaya
Melihat usaha Mikel Arteta itu, para peminat terus terkenang dengan usaha yang dilakukan oleh Park Han-seo ketika mahu bertemu Malaysia sebelum ini.
🎶 Blaring You'll Never Walk Alone in training before a trip to Anfield
🤬 A *passionate* team talk from a club photographer pre-North London DerbyCedric Soares reveals Mikel Arteta's unusual management techniques pic.twitter.com/BCFz5oku5T
— FootballJOE (@FootballJOE) August 2, 2022
Pengendali skuad kebangsaan Vietnam itu sedar yang Ultras Malaya mampu memberi sokongan padu kepada para pemain dan turut menjejaskan tumpuan anak-anak buahnya.
Dek kerana itulah beliau memutuskan untuk memutarkan lagu-lagu Ultras Malaya dengan menggunakan pembesar suara bagi memastikan anak-anak buahnya terbiasa dengan suara tersebut.