Terengganu Tawar 12 Ribu Tiket Fizikal Sahaja Untuk Aksi Bertemu Selangor

Terengganu

Sebanyak hanya 12 ribu sahaja tiket fizikal yang akan ditawarkan oleh Terengganu kepada penyokong mereka yang mahu menyaksikan aksi Faisal Halim dan rakan-rakan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor pada Sabtu ini.

Jumlah yang ditawarkan mungkin tidaklah begitu besar, dek kerana faktor jualan tiket atas talian yang cukup memberangsangkan.

Menurut Terengganu, jumlah jualan tiket atas talian sudah pun habis dijual dan ini memaksa pasukan untuk hanya menawarkan jumlah 12 ribu tiket fizikal sahaja yang boleh dibeli di stadium.

“Untuk maklumat, kesemua tiket atas talian (online) telah habis terjual pada hari kedua penjualan. Jumpa anda Sabtu ini! Lautan hitam putih akan bergelora!”

Jumlah 12 ribu tiket itu pula dipecahkan lagi kepada 10 ribu hanya untuk tiket dewasa sahaja serta dua ribu lagi untuk kanak-kanak.

Bagi mengelakkan ketidakadilan kepada penyokong, kelab hanya benarkan maksimum empat keping tiket boleh dibeli oleh seorang individu sahaja.

Perkara ini perlu dilakukan untuk mengelak berlakunya isu tidak adil dalam pembelian tiket.

“Untuk makluman, 12,000 keping tiket bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA diantara pasukan Terengganu FC menentang Selangor FC pada 6 Ogos 2022 akan mula dijual pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan dengan tarikh hari perlawanan. Penjualan tiket ini adalah merangkumi 10,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.

“Bagi memastikan kapasiti tempat duduk stadium dapat memuatkan kesemua penyokong yang membeli tiket, kanak-kanak berusia atas dari 2 tahun DIWAJIBKAN masuk bertiket,” ulas Terengganu dalam kenyataan mereka.

Terengganu akan bertemu Selangor dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan misi jelas untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Jik berjaya layak, ianya akan menjad perlawanan terbesar buat Nafuzi Zain dalam kariernya sebagai pengendali Terengganu.

Bagi Selangor pula, perlawanan ini cukup terutamanya buat pengendali iaitu Michael Feichtenbeiner yang kini semakin ditekan oleh penyokong mereka.

Jika tewas, berkemungkinan besar beliau akan disingkirkan dari Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN